Artikel Pilihan

JEJAKI DAN BELI KEMBALI KERETA MILIK AYAH SELEPAS HAMPIR 50 TAHUN

Sempena Hari Bapa yang baru sahaja lepas kita kongsi sedikit nostalgia kisah antara anak dan ayah. Tapi sebab ini website automotif, mestilah kita akan kaitkan dengan fakta automotif. Mesti kita semua ada nostalgia berkaitan automotif dengan ayah kita kan? Tak kiralah pasal motosikal, kereta ataupun kepala lori sekali pun.

Macam saya sendiri dan tak ada ayah tapi kenangan pasal kereta dengan beliau memang banyak. Mana-mana yang masih ada ayah tu luangkan masa sebaik-baiknya dengan orang tua kita okey.

Ini kisah seorang anak lelaki dari Gage, Oklahoma yang berjaya menjejaki dan membeli kembali kereta milik ayah beliau selepas hampir 50 tahun. Ianya adalah sebuah Dodge Challenger keluaran tahun 1974.

Bagi orang lain mungkin ia sebuah kereta muscle tipikal buatan Amerika Syarikat tetapi bagi Bobbie Bohnsak, ia cukup istimewa kerana ia adalah Challenger yang satu ketika dahulu milik bapa beliau dan dibeli baharu selepas beliau kembali dari bertugas di Vietnam dan dalam tempoh untuk bersara dari tentera udara. Tengok kereta pun dah tahu yang dua-dua beranak ni memang kaki kereta kan?

Kisah ini disiarkan oleh satu siaran TV di Oklahoma dan bermula bila Bobbie menemui sekeping resit pembelian kereta tersebut dari seorang pengedar di Illinois. Bobbie kemudian melakukan carian kereta yang sama di atas talian dan menemui kereta tersebut untuk dijual di San Diego.

Bobbie sangat teruja untuk menerima kembali kereta itu kerana ia mengimbau kembali nostalgia bersama ayahnya. Ayah Bobbie sudah lama meninggal dunia ketika Bobbie berusia 8 tahun. Bayangkan bagaimana perasaan seorang anak yang dah lama kehilangan ayah tiba-tiba mendapat kembali secebis kenangan dari masa lalu.

Challenger itu bukanlah dalam keadaan terbaik dan telah diwarnakan dengan cat murah selain enjinnya sedikit semput. Tak payah mimpilah nak buat adegan drag ala Toretto tapi itu bukanlah bersoalannya. Lagi pun semua tu boleh diperbaiki selepas ini.

Sebaik menerima kereta itu, Bobbie memandunya setiap hari dan anak perempuannya mengatakan yang kereta itu masih lagi selesa.

Pada tahun 1974, Dodge Challenger itu dibeli baru oleh ayah Bobbie dengan harga USD3,600. Zaman sekarang kalau dengan jumlah tu dapatlah satu set ekzos Challenger SRT Hellcat kot. Tapi harga bukan lagi persoalan untuk Bobbie mendapatkan kembali kereta yang pernah menjadi milik ayah beliau. Dodge lama ayahnya sudah kembali.

Sumber Carbuzz.com

Google ads
Back to top button