Buletin

TOYOTA TAIWAN PERKENAL COROLLA CROSS GR SPORT. SUSPENSI TALAAN GAZOO RACING, BERMULA RM131K

Toyota baru-baru ini melancarkan Corolla Cross GR Sport di Taiwan yang menerima beberapa peningkatan visual dan mekanikal berbanding model standard. 

Selain kelihatan lebih garang, Corolla Cross GR Sport juga menawarkan pemanduan lebih sporty, terima kasih kepada talaan suspensi oleh pihak Gazoo Racing. Bracket chasis juga dipasang untuk meningkatkan lagi tahap ketegarannya. 

Dari segi rekaan, SUV tersebut dilengkapi bampar depan berwarna hitam dan kemasan krom yang sama seperti Hilux. Bahagian hadapan juga diserlahkan dengan corong pengambilan udara lebih besar, lampu kabus bersepadu dan sklid plate gayaan aluminium. 

Bahagian tepi dilekatkan dengan lencana GR, di samping skirting sisi gayaan aluminium, cermin sisi dan bingkai cermin berwarna hitam.  

Ruang kabin pula hadir dengan skrin sentuh infohibur bersaiz 9 inci, butang penghidup enjin dan tempat duduk disulam logo GR. Aspek keselamatan ditingkatkan menerusi tujuh beg udara dan rangkaian sistem Toyota Safety Sense 2.0. 

Corolla Cross GR Sport dijana oleh enjin NA dan rangkaian kuasa elektrik. Enjin aspirasi biasa empat silinder bersesaran 1.8 liter itu mampu menjana kuasa 138hp dan tork 172Nm. Kuasa itu disalurkan ke roda hadapan menerusi kotak gear Super CVT-i. 

Manakala rangkaian kuasa hibrid pula terdiri daripada enjin enjin 1.8 liter dengan sebuah motor elektrik yang menjanjikan kuasa mencecah 121hp dan dipadankan bersama transmisi E-CVT. 

Toyota Taiwan menawarkan Corolla Cross GR Sport pada harga bermula TWD875,000 (RM131,543) seunit.

GALERI

Google ads
Back to top button