Buletin

JENTERA HIDROGEN RIVERSIMPLE RASA

Kini, hidrogen dianggap sebagai bahan bakar alternatif untuk menggantikan minyak. Sebelum ini, Toyota, Chevrolet dan Honda ada menghasilkan produk yang menggunakan bahan bakar berkenaan.

riversimple-rasa-mekanika (6)

Terbaharu, sebuah lagi syarikat menyertai pembinaan kenderaan berkuasa hidrogen. Syarikat Riversimple Movement Ltd yang berasal Wales, United Kingdom memperkenalkan Rasa.

Pada mulanya, model itu dikenalkan sebagai prototaip pada 2009. Kini ia kembali dengan rekaan yang telah diperhalusi dan diharap dapat memasuki barisan produksi menjelang tahun 2018.

riversimple-rasa-mekanika (1)

Rasa berasal dari bahasa Latin tabula rasa bermaksud ‘calon bersih’.

Seperti rekaan sebelumnya, Rasa didatangkan dengan dua tempat duduk. Ia dilengkapi jana kuasa sel bahan api dan difokuskan kepada pemanduan urban.

riversimple-rasa-mekanika (3)

Riversimple Rasa menggunakan casis monokok gentian karbon yang mempunyai berat cuma 580kg. Kuasanya datang daripada sel bahan api 8.5 kilowatt.

riversimple-rasa-mekanika (5)

Melihat dari segi kecekapannya, Riversimple Rasa memiliki kelajuan maksimum 96km/j. Ia hanya memerlukan 1.5kg untuk perjalanan sejauh 482km.

Rekaannya tampil unik. Penampilan Rasa tidak seperti kenderaan atas jalan yang lain . Justeru, Riversimple merancang untuk menjadikannya sebagai kereta sewa.

riversimple-rasa-mekanika (4)

Riversimple  akan menanggung kos yuran bulanan merangkumi servis, bahan bakar dan penyelenggaraan. Pembangunan Rasa dibiayai geran berjumlah 2 juta pound daripada kerajaan Welsh.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button