Buletin

ASTON MARTIN RAPIDE VERSI ELEKTRIK

Pengeluar kenderaan mewah Britain, Aston Martin akan mengeluarkan model  produksi RapidE versi elektrik.

aston-martin-rapide-electric-mekanika (4)

Bermula sebagai model konsep, impian itu dapat direalisasikan setelah Aston Martin menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama syarikat China, LeECO.

Syarikat elektronik China itu akan membekalkan komponen seperti bateri, rangkaian kuasa, sistem kenderaan dan item interface. Aston Martin pula akan membawakan kepakaran pemanduan dan pengendalian mereka ke dalam projek berkenaan.

aston-martin-rapide-electric-mekanika (2)

Menurut Reuters, projek berkenaan bakal berkongsi dengan Letv iaitu sebuah syarikat teknologi dan jenama media terbesar China. Pengasasnya ialah seorang jutawan bernama Jai Yueting yang juga pembiaya utama Faraday Future.

Faraday Future iaalah pengeluar kenderaan yang merancang untuk menghasilkan kereta elektrik dan autonomi sepenuhnya di pasaran China serta Amerika Syarikat.

aston-martin-rapide-electric-mekanika (5)

Difahamkan model dengan nama RapidE berkenaan dijangka berada di pasaran mulai tahun 2018.

Kehadiran model RapidE akan bersaing dengan Tesla Model S serta Porsche Mission E Concept apabila ia memulakan produksi nanti.

aston-martin-rapide-electric-mekanika (1)

Setakat ini, maklumat projek RapidE masih lagi terhad. Didakwa akan diproduksi di kemudahan di Gaydon, England ia berupaya memecut lebih laju berbanding versi petrol berkuasa 560hp iaitu Rapide S sedan.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button