
JUALAN EV KIAN MENINGKAT, SINGAPURA FOKUS BINA 60,000 PUSAT PENGECASAN
Asia Tenggara sedang mengalami peralihan ke arah tenaga lebih bersih. Singapura dilihat mampu menerajui rantau ASEAN dalam pemindahan teknologi serta pembinaan infrastruktur tenaga boleh diperbaharui tersebut.
Ia selaras dengan sasaran negara itu untuk mencapai kenderaan sifar emisi menjelang tahun 2040 dengan merancang untuk membina kira-kira 60,000 pusat pengecasan.
Pendaftaran untuk kenderaan sifar pelepasan baharu setakat tahun ini, termasuk EV dan hibrid, telah meningkat hampir tiga kali ganda berbanding tahun lepas, menyumbang lebih satu daripada sepuluh pendaftaran kenderaan baharu.

Terdapat sebilangan kecil pemandu telah menukar kepada EV di Singapura kerana tertarik dengan kesedaran tentang alam sekitar selain kos yang lebih rendah.
Salah seorang pengguna, Ranjan Vaswani, yang memandu SUV sebelum ini, telah beralih kepada EV BMW. “Bagi saya, EV adalah evolusi kereta seterusnya,. Pilihannya lebih mudah kerana ia juga mesra terhadap alam sekitar. Selain itu, penggunaan elektrik jauh lebih murah berbanding petrol,” katanya.
Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) telah bekerjasama dengan rakan kongsi industri untuk membina rangkaian pengecasan berkuasa tinggi untuk pemandu jarak perjalanan tinggi seperti teksi, kenderaan komersial dan lori barangan berat.
Tetapi untuk pemandu bukan komersial, masih belum ada permintaan yang mencukupi untuk mewajarkan peningkatan infrastruktur, disebabkan kekerapan penggunaannya adalah rendah.
“Singapura adalah negara kecil berpenduduk padat di mana pemandu EV di sini cenderung mempunyai perbatuan kurang daripada 50km sehari. Dengan kereta EV kini mempunyai jarak lebih 300km, kami sebenarnya hanya mengecas kereta kami sekali setiap lima hari, malah sehingga seminggu. Jadi dengan itu, kami sebenarnya berpendapat bahawa pengecasan semalaman berkuasa rendah sudah memadai.” kata Ketua LTA, Stephanie Tan.
Di bawah Rang Undang-undang baharu yang diluluskan di parlimen pada November tahun ini, perkembangan baharu mestilah dapat menyokong keperluan pengecasan EV pada masa hadapan. LTA juga melancarkan kajian awal tahun ini untuk mengenal pasti untuk meningkatkan infrastruktur di tempat letak kereta awam.
Kebanyakan tempat letak kereta di Singapura tidak direka bentuk untuk kenderaan EV, maka sumber kuasa tidak mempunyai kapasiti yang mencukupi untuk mengecas kenderaan sedemikian.
Oleh itu, sesetengah pengendali menggunakan teknologi untuk melaraskan kelajuan pengecasan berdasarkan bekalan kuasa sedia ada supaya lebih banyak kereta boleh menggunakan beban kuasa yang sama.
- BACA: RAKYAT MALAYSIA JADI RIDER FOOD PANDA DI SINGAPURA – RAIH PENDAPATAN RM2.8K DALAM MASA DUA HARI
- BACA: TAUKE BENGKEL BASIKAL DI SINGAPURA BERI SEPARUH SAHAM SYARIKAT BERNILAI RM3.2 JUTA KEPADA PEKERJA SETIA
- BACA: BERHABIS LEBIH RM7K UNTUK WRAP KERETA, PELANGGAN DI SINGAPURA KECEWA HASIL KERJA MACAM BUDAK TADIKA
- BACA: KOS SARA HIDUP SEMAKIN TINGGI, KOS PERMIT MOTOSIKAL DI SINGAPURA CECAH RM37K!









