Motosikal

VINALES TAKLUK PEMBUKA TIRAI MOTOGP 2021 DI QATAR

Pelumba Monster Energy Yamaha, Maverick Vinales melakar kemenangan penuh bergaya dalam perlumbaan pembuka tirai MotoGP 2021 di Litar Antarabangsa Losail Grand Prix Qatar.

Dalam perlumbaan pembukaan tersebut, pelumbda dari Sepanyol itu, terlebih dahulu perlu mengenepikan empat pelumba jentera Ducati yang mendominasi litar.

Ducati memenangi dua perlumbaan terakhir di Qatar menerusi Andrea Dovizioso.

Ketenangan Vinales dalam mengendalikan jentera sekali gus menafikan hajat pasukan itu untuk melakar kemenangan hatrik biarpun diberi tentangan sengit oleh dua pelumba mereka.

Francesco Bagnaia yang memulakan perlumbaan dari petak pertama gagal memberi kemenangan buat Ducati apabila sekadar menghuni tangga ketiga.

Seorang lagi pelumba Ducati, Johann Zarco melengkapkan podium selaku naib juara, manakala juara dunia, Joan Mir dari Suzuki sekadar di tempat keempat.

Juara dunia sembilan kali, Valentino Rossi dari Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) gagal memberi cabaran sengit dalam perlumbaan sulung dengan menduduki tangga ke-12.

Rakan sepasukan Rossi yang juga naib juara dunia musim lalu, Franco Morbidelli pula sekadar di tempat ke-18. – agensi

Google ads
Back to top button