Buletin

HONDA MALAYSIA KEKAL KEDUDUKAN NO. 1 DALAM SEGMEN BUKAN NASIONAL – ANJUR KEMPEN TECH FRONTIER REWARDS

Honda Malaysia hari ini mengumumkan bahawa ia telah mencatat jualan lebih 44,200 unit kenderaan untuk separuh pertama 2019 dengan Mei merekodkan jualan tertinggi sebanyak 10,500 unit. 

Berdasarkan kepada keputusan ini, Honda Malaysia berjaya mengekalkan kedudukan No. 1 dalam segmen bukan nasional dan No. 2 untuk Jumlah Keseluruhan Industri (TIV) 2019 apabila menguasai 15.3 peratus TIV. 

“Separuh pertama 2019 sememangnya mencabar. Civic mencapai jualan yang ke-130,000 unit, manakala Jazz pula mencatat jualan ke-100,000 unit. Kami sangat gembira melihat kedua-dua model ini menjadi pilihan dalam kalangan pengguna di Malaysia. 

“Honda akan terus menawarkan produk berteknologi dan berkualiti tinggi kepada anda semua,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Toichi Ishiyama. 

Apabila dinilai prestasi jualan mengikut model, penyumbang terbesar pastinya City dengan 34 peratus. Diikuti oleh HR-V (20 peratus) dan CR-V (14 peratus). 

Dalam  perkembangan berkaitan, Honda Malaysia kini melancarkan kempen Tech Frontier Rewards yang akan memberi ganjaran kepada pelanggan yang membeli model Honda dilengkapi teknologi Honda SENSING, Turbo dan Sport Hybrid i-DCD. 

Kempen itu menawarkan Bonus Honda, Tech Month Bonus dan hadiah eksklusif sehingga RM5,000. Terbuka kepada semua model kecuali Civic Type-R, ia bermula pada 1 Julai hingga 30 September 2019. 

Google ads
Back to top button