Buletin

JUALAN NEV DI CHINA MENINGKAT 50 PERATUS – ICE TUNJUK PENURUNAN KETARA

Sejarah tercipta di China apabila jualan kenderaan tenaga baharu (NEV) melebihi separuh daripada semua jualan kereta di China.

Angka-angka daripada Passenger Association menunjukkan bahawa jualan runcit dalam tempoh tersebut ialah 516,000, turun 11 peratus tahun ke tahun (YOY) dan turun 3 peratus bulan ke bulan (MOM).

Walau bagaimanapun, daripada jumlah tersebut, 260,000 adalah mewakili jualan NEV iaitu peningkatan sebanyak 32 peratus YOY dan 2 peratus MOM. Ini menjadikan bahagian jualan NEV 50.39 peratus!

Sebelum ini Economist Intelligence Unit meramalkan bahawa NEV tidak akan membuat lebih separuh daripada jualan sehingga 2028.

Sementara, Chinese Federation of Passenger Cars hanya meramalkan kadar pertumbuhan 40 peratus untuk 2024 dan berdasarkan ramalan itu jualan akan berada dalam lingkungan 12 juta tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif BYD, Wang Chuanfu, bulan lepas meramalkan bahawa keputusan itu bakal dicapai dalam tempoh tiga bulan akan datang.

Tambahan pula, kadar borong turut menyokong trend dengan kadar pertumbuhan sebanyak 50.19 peratus.

Sepanjang tempoh jualan borong ialah 534,000 unit naik 13 peratus YOY tetapi turun 9 peratus MOM.

NEV menyumbang kepada 268,000 daripada jumlah keseluruhan, peningkatan sebanyak 43 peratus YOY dan naik 8 peratus MOM.

Dengan latar belakang ini, terdapat penurunan dalam jualan kereta ICE dan ini dirasai terutamanya oleh usaha sama di China.

Tahun lepas jualan SAIC GM turun sebanyak 14.5 peratus, GAC Honda sebanyak 13.7 peratus dan SAIC Volkswagen sebanyak 8 peratus.

Data Mac menunjukkan bahawa kereta ICE yang pernah menjadi juara jualan pada masa lalu mengalami penurunan begitu ketara dengan keputusan seperti Toyota Camry turun sebanyak 59.2 peratus dan VW Lavida turun sebanyak 36.4 peratus.

Google ads
Back to top button