Buletin

JUALAN TOYOTA SUPRA A90 HANYA 2.6K UNIT SAHAJA – ORANG DAH TAK MINAT KE?

The Drive baru-baru ini mendedahkan Toyota Supra A90 hanya mencatatkan hasil jualan sebanyak 2,652 unit sahaja untuk tahun 2023.

Angka tersebut agak mengejutkan kerana model itu adalah kereta yang bagus, tampil sporty, garang dan ditambah pula dengan bunyi enjin terbaik.

Menurut Toyota, angka jualan tersebut juga menyaksikan jualannya menurun sebanyak 46 peratus, berbanding tahun 2022, merekodkan 4,952 unit telah terjual.

Kita boleh menghabiskan sepanjang hari membuat spekulasi tentang sebab jualan Supra merosot, tetapi itu tidak mendatangkan faedah.

Sebaliknya, kita boleh melihat carta jualan 2023 Toyota yang lain sebagai konteks.

GR86 juga menunjukkan hasil jualannya sedikit menurun, 7.7 peratus pada 11,078 unit terjual; model seperti 4Runner kekal stabil pada tahun 2023, kerana ia berjaya mencatatkan 119,238 jualan, penurunan sebanyak 1.5 peratus.

Menurut The Drive, dengan konklusinya mengenai jualan Toyota Supra A90, trend pembelian kereta Amerika ialah tidak ramai orang mahukan kereta sport dua pintu.

Google ads
Back to top button