
Motosikal
YAMAHA EZ115 KINI DILENGKAPI ‘VISOR SPORTS’ SECARA STANDARD
Yamaha EZ115 kini tampil lebih segar bagi tahun 2024 apabila dilengkapi dengan ‘visor sport’ secara standard.
Pengumuman tersebut dikongsi Hong Leong Yamaha Motor di media sosial pada Isnin.

Meskipun kemas kini itu berskala kecil namun sedikit sebanyak memperlihatkan kapcai mampu milik itu kelihatan lebih ‘sporty’ memasuki tahun baru.
Selebihnya, EZ115 kekal dikuasakan enjin satu silinder 114cc SOHC dengan sistem penyejukan udara yang berupaya menjana 8.5hp pada 7,000rpm dan 9.5Nm pada 5,500rpm. Ciri lain dikekalkan termasuk tangki 3.90L dan sistem penghidup jenis elektrik dan ‘kickstart’.


Ketika pelancaran rasmi pada Januari tahun lalu, Yamaha EZ115 ini dijual pada harga cadangan RM5.6k.







