Motosikal

KASTAM PERAK RAMPAS 45 UNIT MOTOSIKAL MINI BERNILAI RM100K

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perak baru-baru ini menggagalkan cubaan menyeludup 45 unit motosikal mini import pelbagai jenama bernilai RM100,000.

Motosikal tersebut dirampas dalam empat serbuan berasingan di Pelabuhan Klang, Selangor dan Pusing, Ipoh baru-baru ini.

Selain motosikal, Kastam Perak juga telah merampas minuman keras 48,720 minuman keras yang disyaki barang larangan kastam di dalam sebuah kontena dengan anggaran nilai cukai RM1.3 juta.

Pengarah JKDM Perak, Datuk Dr. Mohamad Saprin berkata pada pukul 12.30 tengah hari, Selasa lalu, Bahagian Penguatkuasaan JKDM Perak Stesen Ipoh telah melakukan serbuan di Pelabuhan Klang, Selangor. 

Serbuan pada Jumaat lalu di tiga lokasi berbeza di Pusing, Ipoh pula membawa kepada rampasan motosikal mini yang cuba mengelak daripada dikenakan cukai.

Rampasan itu dibuat selepas serbuan dan pemeriksaan dijalankan ke atas dua buah rumah dan satu premis rumah kedai. “Melalui ketiga-tiga serbuan itu, dua lelaki dan seorang wanita tempatan ditahan untuk membantu siasatan,” katanya.

Siasatan kedua-dua kes dijalankan mengikut Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967. – Utusan Online

Google ads
Back to top button