Motosikal

KAWASAKI NINJA ZX-25R DAPAT 4 WARNA BAHARU DI PASARAN INDONESIA

Kawasaki Motor Indonesia (KMI) melancarkan jentera Ninja ZX-25R (2022) dengan pilihan empat warna baharu.

Warna baharu tersebut merupakan Lime Green/Ebony/Pearl Blizzard White (ABS), Passion Red/Pearl Blizzard White (ABS), Metallic Matte Graphenesteel Grey/Metallic Spark Black (ABS) dan Metallic Spark Black (Standard).

Jentera berkenaan masih mengekalkan harga yang sama iaitu Ninja ZX-25R dijual pada hargaRp96 juta (RM28,360) manakala Ninja ZX-25R ABS-SE didatangkan dengan tag hargaRp112.9 juta (RM33,270).

Selain itu, ia mendapat khidmat enjin 250cc yang mampu menjana kuasa maksimum 51PS (49hp) dengan ram udara dan 50PS (48hp) tanpa ram udara pada rev 15,500rpm, manakala tork maksimum 22.9Nm @ 14,500rpm.

Ketua Jualan dan Promosi KMI, Michael Tanadhi berkata melalui varian warna baharu ini, ciri khas Kawasaki Ninja tetap dipertahankan dengan penampilan kental dipadankan warna-warna segar dan menarik perhatian.

“Jentera berkenaan dipadankan rekaan grafik yang menyerlahkan sisi sporty motosikal ini,” katanya. – otoasia.

Google ads
Back to top button