Motosikal

TUNGGANG LAJU SELEPAS HUJAN, PENUNGGANG MOTOSIKAL JATUH DI LEBUH RAYA BERHAMPIRAN TAMAN CUEPACS

Seorang penunggang motosikal dirakam terjatuh di satu selekoh yang turut melibatkan sebuah kereta di Lebuh Raya Hubungan Timur-Barat (Taman Connaught) menghala ke Taman Cuepacs, pagi tadi.

Menerusi hantaran video yang dikongsi oleh Terrence Wang di sebuah akaun kumpulan FaceBook DashCam Owners Malaysia, menunjukkan seorang individu terjatuh ketika melalui selekoh.

Penunggang motosikal tersebut dilihat menunggang di lorong kanan dan cuba untuk memotong sebuah motosikal sebelum hilang kawalan dan merempuh sebuah kereta.

Video berdurasi selama 26 saat tersebut telah menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-rata mengecam penunggang motosikal terbabit yang menunggang dengan laju walaupun selepas hujan.

“Main lagi tengah jalan, motosikal seharusnya menggunakan lorong tepi. Nasib baik tidak kena dengan treler,” komen seorang netizen di ruangan komen.

“Jalan basah tapi bawa laju. Kereta depan tengah sibuk dan bila terkejut, automatik tekan brek. Itu jadinya,” tulis netizen.

Dalam pada itu, netizen turut mengingatkan supaya menunggang dengan berhati -hati terutamanya selepas hujan berikutan jalan licin. – Kosmo Online

Google ads
Back to top button