
Motosikal
KAWASAKI ZX25R. 250CC 4 SELINDER TERBARU DARI KAWASAKI?
Ini adalah motosikal 250cc yang kerap mendapat liputan sejak akhir-akhir ini. Terutamanya di Indonesia. Mereka menggambarkan bahawa Kawasaki akan menghasilkan semula motosikal suku liter empat selinder lagenda ke pasaran komersial.
Ia digelar Kawasaki ZX25RR dan seperti mana siri ZX yang menggambarkan enjin empat selinder yang mana ia turut digambarkan menerusi majalah motosikal terkenal Jepun – Young Machine.

Terdapat beberapa perincian yang diteliti, seperti yang dilaporkan oleh media indonesia, TMCBLOG. Antaranya;
- Swingarm alumunium berbentuk Banana-arm
- RIm belakang forged ala Marchesini
- REkaan rear hugger yang tergantung.
- Perehat kaki pembonceng diperbuat dari die cast alumunium alloy
- Brek belakang dengan pengangkup di posisi bawah bahagian ekzos
- Kelihatan sistem akan menggunakan model saluran ekstraktor 4-2-1
Dalam lakaran terbaru yang dibayangkan oleh Young Machine, mereka menggambarkan rupabentuk ZX25RR akan lebih mirip ZX-10 berbanding H2R seperti yang digembar-gemburkan sebeum ini.

- Rekaan menyerupai ZX-10R
- Lampu hadapan LED dengan lampu isyarat membelok berada di fairing sisi.
- Kerangka jenis Trellis
- Suspensi Depan Upside down dengan warna Hitam
- Cakera brek depan dengan sistem Double disk berdiameter kecil
- Lubang Ram air di bagian tengah dengan saluran ke kotak penapis udara
- Posisi kotak udara yang berada di atas silinder enjin.
- Dua Kabel Throttle membayangkan sistem pendikitnya belum lagi menggunakan teknologi ride by wire.
KREDIT: TMCBLOG