,
Artikel Pilihan

KECEWA DENGAN BAKAL PEMBELI YANG MAIN-MAIN, PENJUAL HANCURKAN TERUS DODGE CHARGER 1970 JADI BESI BURUK (VIDEO)

Kekecewaan kalau dilayan sangat memang akan membuatkan seseorang melakukan benda tak masuk akal. Tengok contoh penjual kereta dalam pautan video ini. Biasanya jika gagal mendapat harga yang munasabah untuk kereta yang hendak dijual, penjual akan membatalkan urusniasa dan menunggu pelanggan lain yang berminat.

Tapi bukan Daniel Gagliardi. Beliau merupakan seorang pemilik Dodge Charger 500 yang sangat rare tapi dalam kondisi yang memang memerlukan restorasi. Setelah bosan melayan bakal-bakal pembeli yang datang dan membuat tawaran yang tidak munasabah, beliau membuat satu keputusan yang drastik. Ia memang tak pernah dilakukan di sebelah benua kita ni rasanya.

Dalam usaha untuk memberi pengajaran kepada meraka yang tidak tahu menghargai nilai kereta ini (menurut kata beliau la), Daniel membawa kereta tersebut ke sebuah pusat kitar semula besi buruk dan menghancurkan terus kereta tersebut. Hancur tuan-tuan. Kalau orang biasa memang menunggu pembeli lain ataupun jualkan semua komponen satu demi satu tapi Daniel melakukan sesuatu yang tidak pernah dilakukan.

Rasanya ramai pemilik Dodge Charger lain yang menepuk dahi kerana mereka memang memerlukan alat-alat ganti yang sememangnya sukar untuk diperolehi tapi dinafikan terus oleh Daniel dengan tindakannya itu.

Lebih sadis lagi, beliau menyatakan akan melakukan tindakan yang sama terhadap kereta muscle vintaj lain selepas ini jika perkara yang sama berlaku lagi sebagai amaran kepada pembeli yang main-main dan suka membuat tawaran yang tidak munasabah.

Pada awalnya Daniel membuat tawaran USD10,000 untuk kereta tersebut yang dikira agak tinggi tetapi masih dalam linkungan harga pasaran semasa tapi dengan tawaran demi tawaran yang tidak munasabah diterima, Daniel mengambil tindakan yang merugikan semua pihak termasuk beliau sendiri. Bijak tak?

Video ni memang agak sadis bagi peminat-peminat kereta khususnya peminat muscle car dan model-model vintaj. Jadi kalau boleh tengok dengan ditemani oleh ibu bapa ataupun bini anda okey. Jangan tengok dengan bini orang lain pulak.

Tags
Google ads
Back to top button