Buletin

FORD TAK BOLEH JUAL 50K TRAK DAN SUV SEBAB KEKURANGAN ALAT GANTI

Ford menjangkakan 40,000 hingga 50,000 kenderaan jenama itu terjejas teruk kerana rantaian bekalan telah menyebabkan kekurangan alat ganti global. Kekurangan alat ganti bermakna jumlah kenderaan Ford yang dibina tanpa alat ganti tertentu akan lebih tinggi pada suku ketiga tahun ini.

Daripada jumlah tersebut, trak dan SUV mencatat angka tertinggi dalam inventori Ford menjelang akhir September. Ia dua kali ganda daripada jumlah kenderaan Ford yang belum siap berbanding sebelum ini, sekitar 18,000 pada akhir suku kedua.

Walau bagaimanapun, Ford menyatakan ini hanya sementara dan percaya kenderaan yang terjejas akan disiapkan, seterusnya dijual pada suku keempat.

Ford menjangkakan pendapatan tahun penuh 2022 sebelum faedah dan cukai berada di antara AS$11.5 bilion (RM53 bilion) dan AS$12.5 bilion (RM57 bilion) meskipun terdapat had ketersediaan alat ganti tertentu.

Ford berkata ia mungkin akan menamatkan suku ketiga dengan pendapatan larasan sebelum faedah dan cukai di antara AS$1.4 bilion (RM6.4 bilion) dan AS$1.7 bilion (RM7.7 bilion) berbanding AS$3 bilion (RM14 bilion) pada suku yang sama tahun lepas. Mereka menyatakan kos pembekal telah menelan kos AS$1 bilion (RM5 bilion) berikutan inflasi yang melanda sepanjang suku tersebut.

Pembuat kereta itu akan mengumumkan keputusan kewangan penuh suku ketiga 2022 pada 26 Oktober. Butiran mengenai jangkaan keputusan kewangan terkini Ford datang sejurus selepas ia mendedahkan 2024 Transit.

Google ads
Back to top button