Artikel Pilihan

KEMALANGAN DAN FAKTOR-FAKTORNYA

Sempena musim cuti yang panjang ini, kalau Brader Karrager kongsikan perihal kemalangan pun barangkali ada faedahnya juga. Buat yang telah selama tiba di kampung / lokasi percutian, tahniah diucapkan. Dan buat yang menghadapi musibah sewaktu dalam perjalanan tempohari, harap bersabarlah ya dengan dugaan ini.

BACA : TAHUKAH BARANG BERSEPAH DALAM KENDERAAN BOLEH MENGUNDANG BAHAYA?

BACA : 10 TIPS UNTUK PEMANDUAN DI MUSIM HUJAN

Sebelum diulas dengan lebih lanjut, mengikut pemerhatian kebanyakkan faktor yang menyumbang kepada punca kemalangan terbahagi kepada beberapa perkara. Jadi, marilah kita sama-sama mengambil iktibar. Moga kita semua dijauhi perkara yang tidak diingini.

Faktor Kecuaian Manusia

Barangkali ini adalah faktor terbesar kepada berlakunya kemalangan hampir saban tahun. Kalau diungkit, terlalu banyak perkara kecuaian yang melibatkan manusia. Senaraikanlah satu persatu. Sampai minggu hadapan pun belum tentu habis.

Tapi yang paling kerap adalah bermain telefon bimbit sewaktu memandu. Balas WhatsApp, kemaskini status Sg Besi sesak, layan swafoto dan pelbagai aktiviti yang membabitkan telefon bimbit. Itu belum lagi melibatkan perangai memandu dengan gaya iblis.

Faktor Kegagalan Fungsi Jentera

Kegagalan fungsi jentera rasanya turut berkongsi peratus hampir sama banyak dengan faktor di atas. Acapkali kita mendengar berita bas ekspress mengalami masalah brek misalannya., Jangan berasa  hairan andai jentera berat seperti bas dan lori ini kerap mengalami masalah demikian. Maklumlah, hari-hari jalan jauh. Kehausan barangan wear & tear terlalu menjadi terlalu tipikal.

Berat sebenarnya nak sembang bila mana melibat jentera apatah lagi melibatkan kenderaan awam sebegini.

Faktor Geografi / Laluan

Kecelakaan sebegini juga kita dah tahu akan lokasi / laluan titik panas. Jalan Merapoh suatu ketika dulu pernah menduduki carta teratas lokasi kemalangan. Malah, Plaza Tol Jelapang turut pernah berkongsi tahta. Oh ya, pernah nampak kan Papan Tanda Angin Lintang di Lebuhraya? Sila kurangkan kelajuan sewaktu menghampiri ya. Sekali angin ini melintang, boleh terbabas dibuatnya kereta.

Ternyata faktor sebegini kita masih mampu cuba untuk mengatasinya agar risiko berlaku kecelakaan mampu dikurangkan dii kawasan berkenaan. Letak kamera AES setiap 5 km misalannya.

Faktor Mistik

Kalau jenis yang suka baca Mastika pasti pernah baca pelbagai kisah mistik sewaktu memandu di malam hari. Lebuhraya Karak tu dia punya mistik jangan cakaplah. Bersepah. Tengah memandu sambil melayan muzik rock kapak, tiba-tiba ternampak kelibat benda putih melayang depan mata.

Jenis yang beriman barangkali spontan akan mengucapkan Astagfirullah. Kalau jenis iman yang kejap ada tu, melatah dua tiga harakat perkataan yang berbaur carutan barangkali perkara biasa.

Faktor Berdosa Dengan Mak / Ujian Tuhan

Harus barang diingat ya. Dewasa ini Tuhan kerap balas tunai tanpa perlu menunggu akhirat. Tak payah nak pelekat akhirat di depan sangat andai mak suruh pergi kedai beli kepala parut pun dah buat muka.

Tapi pernah juga kan, kita ni biasanya solat awal waktu, puasa tak pernah tinggal, pijak semut pun tak mati, pandu kereta pun masih mematuhi had laju kebangsaan akan tetapi masih juga ditimpa kemalangan yang tidak diduga. Anggap sahaja ianya adalah ujian untuk Allah angkat darjat kita kelak. Dan yang ada rasa macam berdosa dengan Tuhan, bila ditimpa waktu susah sebegini perbanyakkan istigfar. Moga Allah ganti masa susah dengan waktu yang jauh lebih menyenangkan. Ok?

Google ads
Back to top button