Artikel PilihanMotosikal

KEMBARA YAMAHA NVX DARI KUCHING KE KOTA KINABALU – NVX MEMANG LASAK!

Skuter adalah objek terakhir yang akan digunakan oleh mana-mana rider untuk siri kembara motosikal. Kecuali bagi model maxi dengan enjin 250cc ke atas kerana ia lebih selesa dan praktikal, jarang ada yang gunakan skuter untuk perjalanan jauh.

Namun, kisah perjalanan yang dikongsikan oleh saudara Apai ini membuktikan bahawa skuter 150cc juga mampu meredah laluan rentas negeri. Berapa jauh?

Hampir 1,300 kilometer dan untuk menjadikannya lebih menarik, perjalanan ini dilengkapkan dalam masa kurang 24 jam. Perlu diingatkan, ini adalah rangkaian jalanraya Sabah-Sarawak dan bukannya lebuhraya PLUS di semenanjung.

Di bawah ini, kami kongsikan pengalaman beliau.

—————————————————————————————————–

Salam Sejahtera kpd seluruh warga NVX malaysia. 

Saya Apai Nia ingin berkongsi pengalaman menunggang NVX 155 dari Kuching ke Kota Kinabalu untuk kali ke dua cuma kali ini berbeza
Di Sarawak dan Sabah wujud cabaran Blowpipers Run dimana seseorang rider mencabar diri sendiri dengan menunggang motosikal dari Kuching ke Kota Kinabalu yg berjarak 1300km dengan masa tidak melebihi 24 jam dan mesti tiba pada tarikh yang sama.

Hanya 140 lebih org rider yang pernah berjaya melepasi cabaran tersebut yang rata ratanya menunggang motosikal berkuasa tinggi.

Saya sendiri pernah berjaya melepasi cabaran blowpipe menunggang cbr250r dengan masa 22 jam 40 minit. Sebelum ini belum pernah apa apa scooter berjaya melepasi cabaran blowpipe run dan saya ingin membuktikan kelasakan NVX 155!

Selepas memgambil kira pelbagai kemungkinan, saya nekad untuk menunggang NVX saya melepasi cabaran blowpipe run. Walaupun di odometer masih lagi 10k lebih, saya mengambil keputusan untuk menukar saja v belt untuk lebih keyakinan.

Saya cuma menggunakan minyak enjin semi sinthetic dan juga minyak gear Yamalube. Selain daripada itu, saya telah menyelaraskan lampu utama untuk persedian ride dalam keadaan gelap. 

MULA BERTOLAK

Pada tengah malam 2 April saya bertolak pada jam 12:05 pagi dari tugu Kuching dan terus menunggang dalam kegelapan malam dengan keadaan jalan yang agak teruk selama 6 jam dan tiba di bandar Sibu jam 6 pagi setelah 3 kali mengisi minyak petrol.

Keletihan mental mulai terasa kerana fokus sepenuhnya ride dalam gelap melalui jalan dikiri kanan hutan dan untuk pengetahuan lampu jalan ada hanya di persimpangan pekan ataupun kampung itu pun kalau ada.

Dari Sibu kemudiannya ke pekan Selangau dimana di sini jalan rayanya amatlah teruk dan menyedihkan dalam jarak yang agak jauh.

Beberapa kali saya tidak sempat mengelakkan lubang dan hentakanya amatlah terasa ke tulang belakang saya. Dan dipendekkan cerita, dari bandar Bintulu ke Miri saya tidak mengalami sebarang masalah kecuali mata yang mengantuk selepas 14jam atas motor.

Purata kelajuan adalah 90-100kmh. Masuk ke negara Brunei dalam 4 petang dan bermulalah in out border sebanyak 8 kali untuk Negeri Sabah.

Tapi sebelum itu sampai di bahagian Lawas saya tidak sempat menggunakan feri dimana saya terpaksa menggunakan route lama yg extra 20km. Sampai di sempadan negeri Sarawak dan Sabah, saya menyedari yang saya tinggal 2 jam lagi untuk berjaya dalam cabaran ini dengan 190km lagi ke Kota Kinabalu.

Saya pun mulai memerah NVX ke tahap maksima dan semasa melalui jalan Papar lama saya telah overshoot corner 4 kali kerana keadaan gelap pitch black dengan selekoh yg tajam sentiasa memberi kejutan. 

Akhirnya saya berjaya sampai di Tugu Marlin Kota Kinabalu jam 11:54 mlm. Saya berasa bersyukur kerana selamat sampai dan berjaya dalam Blowpipe Run dengan masa 23 jam 46 minit.

BACA: TUNGGANG UJI YAMAHA NVX

Saya membuat kesimpulan yang NVX adalah scooter yang lasak untuk ditunggang melalui ‘pan-Borneo’.

Cuma saya berfikir alangkah bagus jika tangki petrol nvx ni berkapasiti lebih bezar ia pasti memudahkan untuk ditunggang jarak jauh. Saya memang suka handling NVX ni especially melalui jalan berliku memang terbaek.

Sekembalinya dari Sabah, saya melihat jarak perjalanan saya sudah melebihi 3 ribu km semua dalam masa 5 hari. Apapun penat juga menaip cerita ini guna handphone, mohon maaf jika ada typo error.

Sekian dari saya, Apainia.

GALERI

 

Google ads
Back to top button