Motosikal

KEMPEN RED WEEKEND 2019 DUCATI – JIMAT SEHINGGA RM40K, HUJUNG MINGGU INI SAHAJA

Untuk satu hujung minggu sahaja (27-28 April) di Naza Automall, PJ, Next Bike akan menyediakan tawaran menarik ke atas motosikal dan aksesori Ducati sempena kempen Red Weekend 2019.

Dengan penjimatan sehingga RM40,000 peminat Ducati boleh mendapatkan tawaran istimewa ke atas superbike terpilih seperti Panigale V4 S, Monster 821 dan Scrambler Ducati.

Tidak ketinggalan, pembelian tambahan seperti sesi DRE Racetrack Academy, DRE Bike Travel Scrambler Tour Package (eksklusif untuk pengunjung Red Weekend pada 27 April sahaja) Ducati Smart Service Program dan rebat sebanyak 20 peratus ke atas pakaian Ducati.

Pengunjung juga boleh melihat Hypermotard 950 yang dijadual dilancarkan di Malaysia hujung tahun ini.

“Kami sentiasa mencari peluang untuk meningkatkan pengalaman pelanggan. Apatah lagi kami kini memp mempunyai 600 ahli dalam Desmo Owners Club (DOC) Malaysia,” kata Ketua Divisyen 2-Roda, Naza Automotive Group, Nazman S.H.C. Yusof.  

Google ads
Back to top button