Buletin

KEMPEN SERVIS KHUSUS LEXUS ES

Toyota Motor Corporation (TMC) mengumumkan kempen memanggil semula model Lexus ES dan RX berikutan masalah brek aktuator.

lexus-es-mekanika (2)

Panggilan semula berkenaan melibatkan model yang dilengkapi dengan Anti-Lock Braking system (ABS), Traction Control System (TRC) dan Vehicle Stability Control System (VSC). Semua sistem tersebut dikawal oleh brek aktuator.

Terdapat kemungkinan berlakunya kerosakan  di antara brek aktuator yang dipasang dengan pam yang mengandungi O-ring. Sekiranya ini berlaku, tekanan bendalir brek tidak boleh dikawal dengan baik ketika ABS, TRC, dan VSC diaktifkan. Ini boleh menyebabkan kenderaan hilang kawalan kestabilan dan meningkatkan risiko kemalangan.

lexus-es-mekanika (3)

Bagaimanapun, hanya model ES yang terlibat di pasaran Malaysia. Lexus ES yang terjejas ialah keluaran September 2015 sehingga Februari 2016.

Dianggarkan 90 unit model import ES di Malaysia akan dipanggil semula di bawah Kempen Servis Khusus itu. Semua kos akan ditanggung oleh Lexus Malaysia.

Lexus Malaysia akan memaklumkan pengguna yang terlibat. Bagi mereka yang tidak menerima sebarang maklum balas atau ingin mengenal pasti jika kereta milik mereka terlibat boleh hubungi talian 1800-8-LEXUS (53987).

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button