
YAMAHA NMAX DAH SAMPAI!
Yamaha NMAX sudah mula memasuki premis pengedar Yamaha dan kedai-kedai motosikal di seluruh negara.
Kepada mereka yang telah lama menunggu, bolehlah tempah dan beli. Ada pilihan warna merah dan kelabu. Secara peribadi, saya sukakan warna merah.
NMAX dikuasakan oleh enjin bersesaran 155cc generasi baru Blue Core dengan teknologi VVA. Skuter urban itu digandingkan dengan sistem pancitan bahan api dengan tangki petrol berkapasiti 6.6 liter. Selain itu, ia dipasang dengan brek cakera hidraulik depan dan belakang bersaiz 230mm.
Harga jualan termasuk GST ialah RM8,812. Harga lengkap di atas jalan dengan insurans komprehensif semua penungggang, pendaftaran dan cukai jalan sekitar RM9,600 untuk belian tunai (bergantung pada kedai).
Untuk pembelian secara kredit pula, biasanya harga jualan dalam lingkungan RM9,900 hingga RM10,000. Kalau lebih daripada itu, memang kedai tu cekik darah lah. Saya pernah tanya satu kedai, harga atas jalan belian tunai RM10,200!
Memang harga motor dari dulu tak pernah sama. Anda perlu survey satu demi satu untuk dapatkan harga terbaik. Jangan lupa tanya pakej seperti topi keledar, kunci, baju hujan dan sistem penggera kalau ada.
Berikut adalah jadual ringkas pilihan kredit yang lazimnya ditawarkan.
Pinjaman AEON
Kadar faedah 3.6% – 6.6%
Bayaran balik 3 – 7 tahun
Pinjaman kakitangan kerajaan
Kadar faedah 3.65% – 4.1%
Bayaran balik 3 – 10 tahun
Pinjaman Bank
Kadar Faedah 3.8% – 5.8%
Bayaran balik 3 – 7 tahun
Yamaha, Yamaha NMAX, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM),
Tunggu apa lagi, beli lah..