Buletin

KEMUNCULAN CHEVROLET TRAX DI INDONESIA

Chevrolet Trax sudahpun rasmi dilancarkan di Indonesia pada harga bermula Rp 267 juta (RM80,100). Kehadiran model berkenaan akan bersaing dengan Honda BR-V dan Ford Ecosport.

chevrolet-trax-2016-indonesia-mekanika (3)

Kehadiran SUV (kenderaan utiliti sport) itu menjadi harapan besar buat General Motors Indonesia untuk meningkatkan jumlah jualan jenama berkenaan.

Chevrolet  Trax dijana oleh enjin turbo 1.4 liter Ecotec. Kuasa yang dihasilkan ialah 140hp @ 4,900rpm, manakala tork setinggi 200Nm mampu diraih seawal 1, 850rpm.

chevrolet-trax-2016-indonesia-mekanika (1)

Penghantaran kuasa ke roda dibantu oleh transmisi automatik 6-kelajuan Tiptronic. Nisbah perpindahan gear adalah optimum demi memberi keseimbangan di antara prestasi dan kecekapan bahan bakar.

Dimensi  Trax  ialah  4,245mm panjang, 1,775mm ( lebar) dan tinggi 1,670mm. Sementara jarak roda pula ialah 2,555mm.

chevrolet-trax-2016-indonesia-mekanika (8)

Chevrolet juga menegaskan Trax begitu mudah dikendalikan di bandar dan jalan yang sempit dengan radius pusingan 5.65 meter.

Rekaan yang ditampilkan Trax lebih kukuh dan lincah.  Bahagian hadapan dilengkapi gril dual port khas. Di sisinya pula dipadankan dengan lampu halogen bersama lampu nyalaan siang (DRL).

chevrolet-trax-2016-indonesia-mekanika (4)

Melengkapkan imej itu, Trax dipadankan dengan rim aloi 18 inci.

Chevrolet mendakwa SUV yang diimport dari Korea Selatan itu memiliki kabin yang luas. Menerusi kapasiti lima penumpang, ruang but juga dapat ditingkatkan kerana tempat duduk belakangnya boleh dilipat dengan konfigurasi 60/40.

chevrolet-trax-2016-indonesia-mekanika (7)

Pada bahagian tengah papan pemuka, disediakan skrin sentuh Chevrolet Mylink bersaiz  7-inci dengan sambungan telefon pintar, audio, USB dan auxiliary.

Meningkatkan suasana dalam kabin, Chevrolet menawarkan sistem bunyi Bose dengan enam unit pembesar suara.

chevrolet-trax-2016-indonesia-mekanika (5)

Demi memberi ketenangan minda kepada pemilik, Trax disokong dengan ciri-ciri keselamatan seperti enam beg udara,  ABS, EBD dan Brake Assist, Hill Start Assist serta Electronic Stability Control.

Kehadiran Trax adalah langkah pertama Chevrolet Indonesia untuk bersaing dalam kenderaan segmen-B dengan lebih kompetitif.

chevrolet-trax-2016-indonesia-mekanika (6)

General Motors Indonesia menawarkan Trax dalam dua varian iaitu LT dan LTZ.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button