Buletin

KERAJAAN NEGERI PERAK BELI 16 UNIT TOYOTA CAMRY – KATANYA RM90K LEBIH MURAH

Kerajaan Negeri Perak dilapor telah membeli 16 unit Toyota Camry untuk kegunaan ahli kabinetnya.

Pembelian yang melibatkan kos sebanyak RM1.744 juta itu dibuat bagi menggantikan Proton Perdana yang dibeli oleh kerajaan BN pada tahun 2014.

Apa yang lebih menarik ialah Camry berwarna merah itu didakwa dibeli pada harga RM109,000 seunit, RM90,000 lebih murah berbanding harga di pasaran. Harga murah itu diperoleh kerana pembelian dalam jumlah yang banyak dan dijual kepada kerajaan.   

Menurut ahli kabinet kerajaan negeri Perak, mereka layak menerima kereta baharu setiap lima tahun.

Malah Camry dilihat lebih tahan lasak, selain menawarkan kos penyelenggaraan lebih rendah dan lebih selamat berbanding Proton Perdana.

Exco Kesihatan, Hak Pengguna, Masyarakat Awam, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia Negeri Perak, A. Sivanesan memberitahu kereta lama tidak berada dalam kondisi yang baik.

Kos membaik pulih agak tinggi dan kadang-kala mereka tiba lambat kerana kereta rosak. Sivanesan mengesahkan dia meneri Camry itu sejak minggu lalu.

Biarpun begitu, pembelian Camry tersebut mencetus kecaman dalam kalangan warganet. Apatah lagi ketika kerajaan pusat dibebani hutang lebih RM1 trilion yang memerlukannya lebih berjimat-cermat.

Pada pendapat anda, adakah pembelian ini wajar?

Google ads
Back to top button