Buletin

KERETA ELEKTRIK BOLEH JADI PENYEBAB TEMPAT LETAK KERETA BERTINGKAT RUNTUH – JURUTERA KELUARKAN GARIS PANDUAN TERKINI

Baru-baru ini, media di UK melaporkan bahawa populariti kenderaan elektrik mungkin menyebabkan beberapa kebimbangan mengenai keselamatan. Ini kerana banyak tempat letak kereta bertingkat atau tempat letak kereta bawah tanah di UK dibina dengan spesifikasi kenderaan enjin pembakaran dalaman.

Dengan bahagian struktur bangunan yang sangat lama, ia dikatakan tidak mesra kepada kenderaan elektrik kerana berat tempat letak kereta akan bertambah. Maka insiden seperti tempat letak kereta bermungkinan akan runtuh adalah perkara perlu diambil perhatian.

Sedia maklum bahawa kenderaan elektrik tidak ada enjin. Tetapi ia mempunyai pek bateri yang besar yang membuatkannya jauh lebih berat berbanding kenderaan biasa.

Jurutera berkata bahawa risiko runtuh adalah situasi boleh berlaku pada bila-bila masa dengan mengambil perkiraan tersebut.

Kita boleh lihat perbezaan berat antara model kereta dengan kereta elektrik seperti Kona Turbo dan Kona EV. Berat versi turbo ialah 1,377kg, manakala berat versi elektrik dengan bateri berkapasiti 64 kWj ialah 1,760kg.

Bahkan pada masa ini, ada beberapa kenderaan elektrik yang beratnya mencecah 3,000kg.

Justeru, Persatuan Jurutera British akan mula mengeluarkan garis panduan baharu pada 2023 untuk mengukuhkan tempat letak kereta, selain meningkatkan kapasiti galas beban.

Antara solusi dicadangkan adalah menghadkan kenderaan pada berat tertentu daripada memasuki tempat letak kereta untuk mengelakkan situasi berbahaya. – Automachi

Google ads
Back to top button