
KERETA REMPUH BAZAR RAMADAN, ADA UNSUR CUAI – BREK TANGAN DITURUNKAN
Polis menyiasat kemungkinan brek tangan kereta diturunkan anak pemilik sehingga mengakibatkan berlakunya kejadian kereta menggelongsor di bazar Ramadan Kuala Klawang.
Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintenden Maslan Udin berkata, terdapat pelbagai faktor kejadian itu berlaku dan kecuaian pemiliknya antara unsur disiasat polis.
“Kita mengesyaki mungkin dua kanak-kanak yang ditinggalkan dalam kereta dengan enjin masih hidup itu telah turunkan brek tangan tapi ia masih dalam siasatan.

“Peniaga yang melecur terkena minyak panas yang tertumpah akibat kejadian itu pula masih dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL), namun keadaannya dilaporkan stabil,” katanya.
Maslan berkata, kes disiasat mengikut Rule 14(1)(A) LN 166/59 (tidak mematikan enjin ketika meninggalkan kenderaan).
Selain itu, beliau turut menasihatkan orang ramai supaya memastikan kenderaan diletakkan dalam keadaan selamat, selain tidak meninggalkan kanak-kanak dalam kenderaan bagi mengelak kejadian tidak diingini.
Khamis lalu, media melaporkan, seorang peniaga melecur 25 peratus selepas minyak panas dalam kuali terkena pada bahagian belakang badan, paha dan betis kaki sebelah kiri selepas dilanggar kereta yang menggelongsor ke gerainya. – Awani
- BACA: CADANG KE PULAU PINANG MELALUI WCE? KAMI REKOMEN GUNA SUZUKI HAYABUSA – 190HP, 150Nm
- BACA: AYAH HADIAHKAN FORD MUSTANG UNTUK ANAK SAKIT KANSER – KASIHNYA SEORANG AYAH
- BACA: BERMAZ AUTO BERHAD DILANTIK SEBAGAI PENGEDAR EV XPENG, SERVIS & ALAT GANTI
- BACA: KESESAKAN TRAFIK PALING PANJANG DI DUNIA IALAH HAMPIR 100 KM DAN BERTAHAN HAMPIR 2 MINGGU – MATILANAK SEKALI KENA