CADANG KE PULAU PINANG MELALUI WCE? KAMI REKOMEN GUNA SUZUKI HAYABUSA – 190HP, 150Nm
Pengguna jalan raya di Malaysia yang ini ke Utara kini boleh pertimbang menggunakan Lebuhraya Pantai Barat (WCE) yang telah pun membuka Bahagion 11 (Beruas ke Taiping Selatan).
Pembukaan Bahagian 11 itu juga menandakan siapnya lebuhraya tersebut bagi bahagian Perak. Penyempurnaan Bahagian 11 itu juga menyaksikN WCE menawarkan tol percuma untuk tempoh terhad antara Taiping Selatan dan Beruas.
Dalam pada itu, pembukaan Bahagian 11 itu membolehkan pengguna jalan raya termasuk penunggang motosikal merasai suasana berbeza dalam perjalanan ke Utara yang sebelum ini hanya terhad pada Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).
Bagi yang merancang untuk menunggang motosikal, kami cadangkan Suzuki Hayabusa sebagai jentera pilihan untuk menyelusuri lebuhraya baharu itu.
Pertamanya, laluan WCE kurang berbukit, sekaligus menjadikan Hayabusa dengan 190hp dan 150Nm pilihan tepat untuk merasai kemampuan jentera berkenaan di samping menjimatkan penggunaan minyak.
Pada masa sama, dengan adanya lebuhraya WCE, ini bermakna penunggang motosikal tidak perlu lagi menempuh laluan Terowong Menora yang kadang kala menyeramkan.
Sementara itu, pembukaan bahagian 11 itu merangkumi laluan sepanjang 35.5km dan berupaya mengurangkan tempoh perjalanan dari Changkat Jering ke Beruas kepada 20 minit sahaja berbanding 50 minit sebelum ini. Ini bermakna, jika anda menunggang Hayabusa risiko untuk ‘patah pinggang’ berkurangan.
Juga tidak dilupakan, Suzuki Hayabusa menawarkan fungsi ‘cruise control’ jadi cukup sesuai untuk melalui WCE yang menawarkan permukaan mendatar dan lurus.
Persoalannya, bagaimana untuk ke WCE sekiranya anda bertolak dari Kuala Lumpur?
Pertamanya, jika anda melalui PLUS untuk ke Taiping atau Pulau Pinang, anda boleh susur ke Plaza Tol Rawang Selatan memasuki LATAR ke arah Kuala Selangor-Teluk Intan.
Melalui jalan ini, anda akan memasuki WCE di pertukaran Hutang Melintang dan hanya perlu menunggang ke arah Utara dan mengikut papan tanda untuk tiba di WCE pertukaran Taiping Selatan.
Jika hendak ke Pulau Pinang, hanya perlu menghala ke plaza tol PLUS Changkat Jering dan teruskan perjalanan ke arah Utara.
Bagi yang mungkin berasa bosan untuk menunggang di laluan lebuhraya semata-mata dan mahu melayan ‘corner’, usah risau kerana ada beberapa bahagian WCE mengguna pakai Jalan Persekutuan yang telah dinaik taraf antaranya di bahagian antara Teluk Intan dan Kampung Lekir serta Hutan Melintang dan Tanjung Karang.
Jalan Persekutuan menawarkan pengalaman menunggang yang berbeza namun kami berasakan dengan keupayaan yang ada pada Hayabusa, pastinya akan menjadi pengalaman yang tidak membosankan.
Paling penting anda juga tidak perlu risau untuk membayar tol seperti pengguna kenderaan empat roda yang akan dikenakan bayaran RM7.90 dari Lekir ke Beruas dan RM2.90 dari Hutang Melintang ke Teluk Intan. Tawaran tol percuma hanya merangkumi Bahagian 11 (dari Taiping Selatan ke Beruas). – Malay Mail