LEWIS HAMILTON DAH JUAL JENTERA KUSTOM IKONIK PAGANI ZONDA 760LH
Juara dunia tujuh kali, Lewis Hamilton dilaporkan menjual jentera ikonik miliknya, Pagani Zonda 760 LH.
Difahamkan, Hamilton membayar sekitar AS$1.5 juta (RM 6.31 juta) untuk memiliki jentera Pagani Zonda kustom terbabit pada tahun 2014.
Begitupun, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, harga jentera itu telah meroket malah kemungkinan besar dijual berikutan premium tinggi.
Secara kasar, terdapat kira-kira 24 unit varian Zonda 760 di pasaran manakala jentera sport milik Hamilton merupakan yang kedua daripada sirinya.
Hamilton telah memiliki Pagani Zonda 760 LH berkenaan selama tujuh tahun dan disimpan di Monaco.
Ia dikatakan mempunyai perbatuan sekitar 1,000 km ketika dijual dan diimport memasuki United Kingdom (UK).
Pagani Zonda 760 LH mendapat khidmat enjin AMG V12 7.3 liter yang mampu menjana kuasa 750 hp dan tork 780 Nm dipadankan transmisi manual enam kelajuan. – carscoops.