Buletin

MUSTANG ELEKTRIK MACH-E, TEKSI KUNING TERBAHARU NEW YORK

Teksi berwarna kuning New York, Amerika Syarikat (AS) merupakan antara salah satu pengangkutan awam terkenal di dunia.

Selama bertahun-tahun, Ford Crown Victoria berkhidmat sebagai model pilihan teksi kuning terbabit tetapi telah dihapuskan secara berperingkat-peringkat untuk memberi laluan kepada model terbaharu.

Bahkan, industri teksi tidak terkecuali dalam peralihan sama seperti dunia automotif yang menuju ke arah masa depan lebih hijau dan melestarikan alam sekitar.

Terkini, model terbaharu yang popular dalam kalanngan perkhidmatan teksi kuning merupakan Ford Fusion Hybrid.

Dengan peningkatan penggunaan kereta elektrik (EV), beberapa pemandu teksi New York akan menggunakan Ford Mustang Mach-E.

Ford Mustang Mach-E yang mendapat beberapa kemas kini terbaharu untuk tahun 2022 terbukti menjadi model jualan terbaik bagi Ford.

Ia kini akan memakai seragam Rally Yellow yang cukup sinonim dengan teksi New York.

Teksi elektrik berkenaan akan dikendalikan syarikat pakar EV, Gravity malah menjadi EV pertama Ford digunakan dalam industri teksi. – carbuzz

Google ads
Back to top button