Buletin

KERETA SENI SPAGETI BMW i3 INI DIJUAL PADA HARGA RM500,000!

Sejarah kereta seni (art car) BMW sudah lama bermula iaitu sejak lima dekad yang lalu. BMW telah bekerjasama dengan artis ternama seperti Andy Warhol, Roy Lichtenstein, Robert Rauschenberg dan Jeff Koons dalam menghasilkan kereta dengan ekspresi seni.

Walaupun BMW menghasilkan kereta yang bias terhadap pemanduan nampaknya kesenian tidak terpisah dengan jenama itu.

Ini pula projek baharu yang ada kaitan dengan seni iaitu BMW i3 dengan nama Spaghetti Car hasil sentuhan TOILETPAPER.

TOILETPAPER ialah penerbitan yang memaparkan hasil fotografi dan ia diasaskan oleh Maurizio Cattelan dan Pierpaolo Ferrari.

Maurizio Cattelan bukan calang-calang orang. Beliau ialah artis seni berasal dari Itali dan tahun lalu skupturnya pernah terjual pada harga USD 17 juta!

Pierpaolo Ferrari pula ialah seorang jurugambar dan mereka berdua telah menghasilkan objek seni pada BMW i3 ini yang diberi nama Spaghetti Car. Kereta itu bukan sekadar objek seni dan ia boleh bergerak seperti biasa dan turut mempunyai sijil asli yang ditandatangan oleh TOILETPAPER.

BACA: JIKA BMW NAK BUAT TRAK PIKAP, MUNGKIN INILAH RUPANYA

BACA: BMW BANTU HASILKAN JENTERA PENGOREK HIBRID UNTUK MASA HADAPAN

BMW i3 yang menjadi kanvas itu sebenarnya adalah derma dari BMW Perancis kepada Yayasan Leonardo DiCaprio (LDF). Ia adalah untuk projek yang lebih besar iaitu majlis bidaan malam Gala Tahunan Keempat Saint Tropez yang diadakan setiap tahun.

Nampaknya hasil kerja seni dan projek kebajikan ini membuahkan hasil apabila ia telah dibida dan terjual pada harga EUR 100,000! (RM 500,150.64). BMW i3 Spaghetti Car itu dimenangi oleh pengumpul koleksi dari Sweden.

Yayasan yang diasaskan oleh Leonardo DiCaprio itu nampaknya juga berjaya dan setakat ini telah mengumpul lebih dari ASD 30 juta (RM 128,350,232.31).

Google ads
Back to top button