Buletin

KILANG MAZDA DI KULIM MULAKAN OPERASI

Para pembeli Mazda CX-5 kini boleh menarik nafas lega kerana tempoh menunggu kenderaan mereka bakal dipendekkan.

SONY DSC

Ini berikutan kemudahan terbaharu Mazda yang terletak dalam kawasan kilang milik Inokom di Kulim, Kedah sudah pun beroperasi sepenuhnya. Kilang kemasan akhir yang melibatkan proses pemasangan komponen, kimpalan, mengecat dan pemeriksaan kualiti itu membolehkan jumlah pengeluaran SUV popular itu dipertingkatkan secara signifikan.

Kilang yang eksklusif untuk pengeluaran kenderaan Mazda itu adalah sebahagian daripada pelaburan sebanyak RM100 juta. Ia dilaksanakan bagi merealisasikan impian menjadikan Malaysia sebagai pusat pengeluaran utama Mazda di rantau ASEAN.

kilang-mazda-kulim-mekanika (2)

Mazda Malaysia yang merupakan syarikat kerjasama di antara Mazda dan Bermaz Motor memulakan operasi pemasangan tempatan (CKD) model Mazda3 (generasi terdahulu) sejak Januari 2011. Mulai Mac 2013, Mazda CX-5 dihasilkan untuk mengukuhkan lagi program CKD Mazda Malaysia.

Ia bagi memenuhi permintaan terhadap model Mazda CX-5 di pasaran tempatan dan Thailand.

kilang-mazda-kulim-mekanika (4)

Buat masa sekarang, pembeli Mazdfa CX-5 dikatakan terpaksa menunggu sehingga tujuh bulan untuk menerima kenderaan masing-masing. Tempoh yang lama itu nyata meresahkan pengedar kenderaan Mazda di Malaysia, Bermaz Motor.

“Saya tidak mahu Mazda dikenali sebagai jenama yang membuatkan pelanggan terpaksa menunggu lama. Sedangkan Mazda mempunyai produk yang bagus dengan kualiti terbaik,” kata Pengarah Urusan Bermaz Motor, Datuk Seri Ben Yeoh.

SONY DSC

Pengarah Urusan Inokom Corporation Sdn. Bhd., Rizal Jailan menyatakan bahawa kerjasama pihaknya bersama Mazda memberi banyak manfaat. Antaranya adalah pemindahan teknologi, meningkatkan tahap penggunaan kilang, meneroka pasaran eksport dan menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan di koridor utara.

Mazda mewakili 40 peratus daripada jumlah keseluruhan kenderaan yang dihasilkan oleh kilang Inokom pada tahun ini.

kilang-mazda-kulim-mekanika (8)

“Dengan kemudahan ini, kami sedia untuk meningkatkan pengeluaran model-model Mazda terutama Mazda CX-5 kepada 20,000 unit setahun. Bukan itu sahaja, berdasarkan kepada perancangan kami, generasi terbaharu Mazda3 juga bakal dihasilkan pada tahun ini,” kata Pegawai Ekskutif Mazda dan Pengurus Besar Kilang Hiroshima, Masatoshi Maruyama.

Berbanding kilang Mazda di Jepun, kilang Mazda di Kulim ini sebahagian besarnya masih beroperasi secara manual. Ketika membuat lawatan, terdapat ramai pekerja baharu sedang tekun menjalani latihan.

kilang-mazda-kulim-mekanika (7)

Biarpun begitu, Maruyama menegaskan bahawa kualiti kenderaan yang dihasilkan di kilang ini adalah setanding dengan kenderaan yang dikeluarkan oleh kilang-kilang Mazda di Jepun.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button