Buletin

KISAH KLASIK K70 BERUSIA 50 TAHUN. JENTERA PERTAMA ENJIN HADAPAN VOLKSWAGEN

Model K70 mula diperkenalkan kepada khalayak umum pada 20 Oktober 1970 ketika sidang media yang diadakan di Salzgitter, Jerman.

Apa yang menariknya tentang kereta sedan ini?

Ia merupakan jentera pertama bagi model Volkswagen yang dipasang enjin pada bahagian hadapan, pacuan roda hadapan dan didatangkan sistem penyejukan air.

Boleh dikatakan K70 merupakan nenek moyang kepada model Passat serta model-model lain.

Volkswagen K70 direka Claus Luthe, signatur rekaan lelaki ini dapat dilihat dengan jelas pada jentera Polo dan Golf. 

Claus Luthe ini bukan sahaja terkenal melahirkan K70 tetapi dia merupakan pereka bagi model BMW seperti  E30, E28 and E32.

K70 menampilkan casis moden dengan suspensi bebas dan memiliki jarak roda yang panjang.

Ia sekali gus membuka ruang kaki di bahagian kabin lebih luas dan memberi pengendalian lebih mantap serta padu kepada pemandu.

Dari segi teknologi pula, enjin sejukan air dan pacuan roda depan adalah sesuatu yang baharu bagi model Volkswagen. 

Tidak dilupakan, sedan yang kelihatan agak moden pada waktu itu turut menitikberatkan aspek keselamatan kenderaan dengan menerapkan ciri aktif dan pasif.

Antaranya termasuk bahagian penumpang diperkukuh, zon renyuk di depan dan belakang serta tangki minyak di belakang atau pada ruang yang dilindungi.

Jentera klasik ini dikeluarkan dalam tiga versi iaitu K70 1600, 1600L dan 1800LS dengan padanan transmisi empat kelajuan manual.

Biarpun, memiliki kilang yang dibina khusus untuk pengeluaran K70 di Salzgitter, model yang merubah landskap jentera Volkswagen ini hanya bertahan selama lima tahun sahaja. – carscoops

Google ads
Back to top button