Buletin

KISAH LELAKI TAK KENAL ERTI KALAH. 158 KALI AMBIL UJIAN MEMANDU, BARU LULUS!!!

Agensi Piawaian Memandu dan Kenderaan (DVSA) di United Kingdom (UK) mengeluarkan data berhubung percubaan lulus dalam ujian memandu bagi individu agak mengejutkan apabila seorang lelaki perlu menduduki ujian sebanyak 158 kali untuk lulus.

Menurut laporan LadBible, data berkenaan merupakan permintaan daripada Select Car Leasing.

Lelaki berusia 42 tahun itu telah menjalani sebanyak 157 ujian manakala tempat kedua pula diraih wanita, 34 tahun dengan percubaan sebanyak 117 kali.

Tempat ketiga pula jatuh kepada lelaki berasal dari Wales yang gagal sebanyak 94 kali ujian berkenaan.

Lelaki pertama yang tidak diberikan nama tersebut boleh dikatakan sebagai pemandu paling teruk dalam dunia secara tidak rasmi telah membelanjakan kira-kira AS$4,955 (RM20,018) untuk menduduki ujian berkenaan.

Bagaimanapun, pelaburan yang dikeluarkan berbaloi kerana dia boleh berbangga kerana memiliki lesen memandu.

Berbeza dengan dua lagi yang menduduki carta kedua dan ketiga masing-masing masih belum boleh menarik nafas lega kerana belum lulus ujian.

Menurut Pengarah Select Car Leasing, Mark Tongue, mungkin ramai akan melihat senario berkenaan sebagai satu kegagalan tetapi dari perspektif lain, ia merupakan kisah motivasi yang boleh memberi kesan kepada sesiapa sahaja untuk terus berusaha. – autoevolution

Google ads
Back to top button