Motosikal

BENELLI LANCAR IMPERIALE 400 RETRO EDITION DI THAILAND. TERHAD 100 UNIT, RM18,800

Benelli telah melancarkan model Imperiale 400 Retro Edition di pasaran Thailand. Ditawarkan pada harga 1.39 juta baht (RM18,800), ia terhad kepada 100 unit sahaja.

Sekali pandang, Retro Edition seperti hampir sama dengan Imperiale 400 standard. Cuma ia menerima beberapa aksesori tambahan seperti fly-screen gelap dengan logo Benelli dan pelindung fork hadapan berwarna hitam.

Itu sahaja perubahan yang diterima, lain-lain sama. Antara komponen yang dikekalkan ialah lampu utama, belakang dan lampu isyarat membelok berbentuk bulat, kluster instrumen berkembar TFT LCD, pad pada kedua-dua belah tangki dan pelana jenis terpisah.

Jentera tersebut menggunakan enjin silinder tunggal SOHC dengan sistem penyejukan udara. Mampu menjana kuasa 20.7hp dan tork 28Nm, ia dipadankan dengan kotak gear lima kelajuan.  

Tugas membrek diserahkan kepada brek cakera bersaiz 300mm di hadapan dengan angkup dua omboh di hadapan dan cakera 240mm bersama omboh tunggal pada roda belakang.

Imperiale 400 merupakan interpretasi semula model klasik Binelli-MotoBi yang dihasilkan sekitar tahun 1950-an.

Google ads
Back to top button