Artikel Pilihan

KLIMS 2018 : DARI KACAMATA BRADER KARRAGER

Khamis lepas, Brader Karrager telah berpeluang menghadiri pratonton Kuala Lumpur International Motor Show (KLIMS) 2018 yang diadakan di MITEC, sebuah dewan pameran yang cukup moden dan luas di Kuala Lumpur. Barangkali di hujung minggu ini pasti ramai yang ingin sama sama hadir menyaksikan. Apatah lagi musim cuti sekolah baharu saja bermula. 

BACA : KLIMS 2018: WAJARKAH ACARA BEGINI DI SEBUAH PAMERAN KENDERAAN?

BACA : KLIMS 2018 : TOYOTA VIOS BAHARU IDAMAN EMAK MERTUA

Lokasi Acara

Untuk yang sedikit keliru di manakah lokasi sebenar MITEC ini, ianya terletak berhampiran dengan bangunan MATRADE. Paling mudah, hala sahaja kenderaan anda menuju ke arah Masjid Wilayah / Kompleks Mahkamah Jalan Duta (Maaf, Brader Karrager masih terbiasa dengan penggunaan Jalan Duta). Jumlah ruang meletak kereta dikhabarkan agak banyak juga. Mempunyai sehingga 1400 petak meletak kereta yang boleh diakses melalui Pintu Utara / Selatan.

 

Usai membayar wang RM25 (harga hujung minggu) sebagai pertukaran untuk mendapatkan tiket masuk, teruslah menuju ke ke kawasan pintu masuk. Menyambut anda disebelah kiri adalah reruai milik Honda. Pergilah jenguk dan cuba sebentar troli Honda yang turut dilayangkan dengan warna rasmi mereka. Tapi bukan sebarang troli ya. Ianya adalah simulasi kepada teknologi Honda Sensing yang mereka aplikasikan terhadapnya. Dan seterusnya teruslah menerokai reruai yang ada tanpa ada tertonjol sikit pun sikap gilakan betis dan juga dada wanita yang mungkin mengganggu pandangan mata anda. Jangan lupap pasang niat. Sahaja aku pergi KLIMS untuk melihat kereta dan bukannya perempuan murahan.

Apa Yang Menarik

1. Sudah tentu Proton X70 merupakan Bintang utama untuk pameran kali ini. Kehadirannya jelas mencuri tumpuan dan juga mencuri hati anda untuk meminangnya. Eceh!

2. Jelas juga kelihatan, SUV nyata mendominasi tapak pameran yang ada. Baik Proton, Hyundai, Lexus, Kia mahu pun DS.

3. Dewan pameran yang cukup luas barangkali cukup sesuai untuk menampung jumlah kehadiran pengunjung. Tidaklah berasa sesak sangat.

4. Fasiliti MITEC ini boleh dikatakan sebagai memenuhi piawaian sebagai untuk menganjurkan acara bertaraf antarabangsa. Surau,dan tandas serta kemudahan mesra OKU menjadi faktor penting.

5. Tarikan hadiah cabutan bertuah boleh tahan menarik. Kalau tak dapat C-HR, dapat Supercar Myvi pun kira orait juga kan?

6. Toyota FT-1 itu juga mampu menjadi daya tarikan yang kuat untuk dilihat secara dekat. Fuh! Bergetar rusuk dibuatnya. (Sebenarnya bertentang mata dengan Wany Hasrita itu hari pun bergetar juga rusuk ni).

7. Di tingkat dua terdapat ruang untuk kanak – kanak bermain dengan riang ria. Inilah yang dimaksudkan dengan Siaran Media tersebut sebenarnya.

Apa Yang Menolak (Tidak Menarik) 

1.Disebabkan dewan pameran dua tingkat yang luas ini, kepenatan kepala lutut sudah boleh dijangka. Malangnya bangku untuk melepaskan lelah buat seketika hanya ada di ruang utama (reruai Toyota & Proton) sahaja. Di ruang luar dewan juga tiada bangku disediakan.

2. Hati – hati menaiki eskalator sewaktu hendak menaiki / menuruni ke Tingkat 2 Dewan Pameran, terutamanya yang datang bersama kanak – kanak. Boleh jadi gayat juga dia punya tinggi tu.

3. Itu hari masa pratonton, hanya terdapat dua buah kafe kecil sahaja. Jelas sekali kelaparan dan kehausan mungkin menjadi titik pemisah antara ketenangan atau pun kemeradangan.

4. Pengangkutan awam barangkali menjadi sedikit terhad. Tapi apa ada hal. Naik Komuter dan turun di Stesen Segambut kemudian Grab aja.

5. Pengunjung yang mendambakan untuk melihat deretan MPV barangkali sedikit kecewa. Boleh dikira dengan jari sahaja jumlah MPV yang ada. Avanza TRD mana? Mana?

6. Tiada BMW, Mazda, Volvo, Maxus atau pun jenama China yang suatu ketika dahulu cukup gak dengan model – model mereka. Mujur juga ada wakil dari Kumpulan Sendok (CAM).

7. Proton Exora, Saga, Persona & Iriz tidak perlu dibawa ke Dewan Pameran. Bazir ruang sahaja. Tak sempat agaknya nak pratonton model facelift untuk Persona & Iris barangkali.

8. Akhir sekali, makwe yang menempel di tepi kereta pameran pasti membuatkan bahu kiri anda senget. Ingat! Fokus kepada kereta dan bukannya bahu makwe. Jenuh Brader Karrager halau suruh ke tepi itu hari nak ambil gambar.

 

 

Google ads
Back to top button