Artikel Pilihan

BELANJA SEMINIMA MUNGKIN: BAGAIMANA LION AIR SEMBUNYIKAN KEROSAKAN KOMPONEN PESAWAT

Beberapa tahun sebelum nahas pesawat Lion Air bulan lepas yang memgorbankan 189 nyawa, seorang inspektor keselamatan kerajaan menghabiskan masa semalaman memeriksa sebuah pesawat Lion Air yang mengalami masalah hidraulik di lapangan terbang Makasar, timur Indonesia.

Selepas memberitahu pekerja Lion Air yang pesawat tidak dibenarkan terbang sehinggalah kerosakan diperbaiki, beliau pulang ke hotel untuk mandi dan menyegarkan diri. Tapi sejurus selepas beliau kembali, pesawat tersebut sudah pun berada di landasan dan sedang bersedia untuk berlepas.

Inspektor tersebut memerintahkan agar semua penumpang keluar dari pesawat tetapi seorang penyelia Lion Air menerangkan yang pihak kementerian pengangkutan di Jakarta telah mengeluarkan kebenaran untuk pesawat tersebut berlepas. Ia kemudian telah berada  di udara beberapa minit kemudian.

Ia adalah contoh rekod selenggara keselamatan yang buruk oleh Lion Air, syarikat penerbangan terbesar Indonesia dan antara yang berkembang paling pesat di dunia. Ia kini kembali menjadi tumpuan selepas tragedi Flight 610 yang menjunam ke dalam laut dengan 189 penumpang hanya beberapa minit selepas mememulakan penerbangan.

Buat masa sekarang pihak penyiasat sedang cuba sedaya upaya untuk mencar punca kenapa pesawat Boeing baru itu bolah menjunam ke dalam laut dengan kelajuan melebihi 640 km/j.

Antara faktor yang diberi penekanan ialah sama ada Boeing gagal memberikan penerangan secukupnya tentang sistem baru pesawat 737 Max 8, bagaimana Lion Air menangani kesilapan bacaan data pesawat beberapa hari sebelum kejadian dan sama ada juruterbang telah pun diberikan latihan secukupnya untuk membolehkan mereka bersedia dalam apa jua keadaan.

Walaupun misteri tentang nahas ini belum lagi terungkai, satu perkara yang cukup pasti mengikut kata pakar-pakar penerbangan dan penyiasat: Tidak banyak syarikat penerbangan di luar sana yang mempunyai standard keselamatan yang lemah seperti Lion Air.

Malah sumber dari beberapa kakitangan Lion Air sendiri termasuk penyiasat Indonesia dan penganalisa penerbangan menyatakan yang dalam ketaksuban mereka membesarkan saiz operasi syarikat, Lion Air gagal membina budaya keselamatan yang baik.

Lion Air merupakan merupakan syarikat berprofil tinggi Indonesia tetapi ia diselubungi kesamaran dalam operasi. Mereka juga mempunyai sekurang-kurangnya 15 isu keselamatan yang direkodkan termasuklah kemalangan yang mengorbankan 25 nyawa dan beratus-ratus lagi insiden yang tidak diketahui umum menurut pakar-paker penerbangan. Mereka juga dikatakan mempunyai hubungan politik dengan pihak tertentu seperti yang berlaku di lapangan terbang Makasar beberapa tahun lalu.

Walaupun syarikat berkembang dengan pesat seiring dengan pertambahan pesawat, pakar-pakar penerbangan bimbang yang ia tidak seiring dengan keselamatan dan kebajikan pekerja. Kru pesawat dan penyelenggaraan dikatakan dipaksa menyediakan dua buku log untuk menyembunyikan waktu kerja yang panjang dan kecuaian faktor keselamatan. Malah juruterbang juga menyatakan yang ada antara mereka yang terpaksa mengambil methamphetamine untuk kekal segar dalam waktu bertugas yang panjang.

BACA: BOEING SOROK MAKLUMAT TENTANG MODEL 737 DARI JURUTERBANG – BIAR BETUL?

Pesawat Lion Air sendiri pernah terlanggar lembu, khinzir, tanah perkuburan dan paling memalukan sekali ialah perlanggaran sesama pesawat mereka sendiri. Dua hari berturut-turut dalam tahun 2011, pesawat mereka tergelincir di lapangan terbang yang sama.

Pada tahun 2013 pula pesawat mereka ‘mendarat’ di dalam laut dan bukannya lapangan terbang Bali. Laporan siasatan rasmi menyatakan juruterbang pesawat terbabit tidak menguasai prinsip asas penerbangan dan menasihatkan Lion Air memastikan juruterbang mereka menerima latihan secukupnya.

Kapten Hasan Basri, seorang juruterbang Lion Air berkata dua tahun lalu beliau mendapati radar cuaca pesawat beliau tidak berfungsi dan boleh diperbaiki dalam masa 10 hari. Tapi Lion Air mempunyai tabiat memindahkan komponen rosak ke pesawat lain. Ia memang satu amalan yang sangat berbahaya.

Itu belum termasuk latihan simulasi juruterbang. Bila juruterbang Garuda menjalani latihan penerbangan Boeing Max 8, pesawat yang sama seperti yang terhempas. Mereka pergi ke Singapura untuk latihan simulasi tetapi juruterbang Lion Air cuma menjalani program latihan penerbangan online selama 3 jam. Pergh, rasanya anak-anak kita bermain permainan Flight Simulator pun lagi lama dari itu kan?

Selagi keperluan memastikan pesawat terbang lebih penting daripada keselamatan, selagi itulah masalah seperti ini tidak akan selesai, kata Ruth Simatupang, salah seorang bekas penyiasat penerbangan Indonesia.

Sumber dari www.straitstimes.com

Google ads
Back to top button