Stail

BIG HERO 6 – IKON BAHARU DISNEY

Filem: Big Hero 6

Genre: Animasi/aksi

Pengarah: Don Hall, Chris Williams

Pelakon (suara):  TJ Miller, Alan Tudyk, Genesis Rodriguez, Jamie Chung, Damon Wayans Jr., James Cromwell, Maya Rudolph

Bintang: ****

BIG HERO 6

Mengumpul kutipan mencecah RM671 juta hasil tayangannya di seluruh dunia, naskhah yang masih hangat  ditayangkan di pawagam ini sukses dalam mewujudkan suatu ikon baharu yang dikenali sebagai Baymax.

Merupakan sejenis robot yang dibuat khusus untuk memantau penjagaan kesihatan, Baymax  sebenarnya dicipta oleh seorang pemuda, Tadashi  Hamada untuk adik lelakinya, Hiro. Tadashi dan Hiro tinggal di San Fransokyo, sebuah  bandar raya masa depan yang dibina menggabungkan elemen barat dan timur.

Big-Hero-6-mekanika (1)

Tadashi menghabiskan banyak  masa untuk mencipta robot, manakala Hiro pula terbabit dengan perjudian menerusi pertarungan robot haram, sehinggalah Tadashi berjaya memujuk Hiro untuk belajar di universiti tempatnya bersama empat rakannya, Honey Lemon, Go Go, Wasabi dan Fred menguruskan sebuah makmal penghasilan pelbagai teknologi baharu dan canggih.

Namun, apabila Hiro sukses mencipta teknologi mikro-robots, ia berakhir dengan tragedi yang  menyebabkan Tadashi maut. Baymax menjadi pencetus kepada Hiro dalam membongkar tentang apa yang tersirat di sebalik suratan takdir yang menimpa Tadashi. Tidak hanya Baymax, Hiro turut dibantu Honey Lemon, Go Go, Wasabi dan Fred.

Big-Hero-6-mekanika (5)

Merupakan hasil animasi paling inovatif dan canggih  pernah diterbitkan Disney, dalam terma rekaan produksi atau karakter, ia adalah hasil gabungan kreativiti bersama pengarah Don Hall dan Chris Williams.

Keterujaan jelas terpancar daripada pelbagai adegan aksi menyebabkan naskhah ini sebuah filem aksi yang sukses dalam menaikkan darjah adrenalin. Ini kelebihan  Big Hero 6. Andai, ia  bukan sebuah filem animasi, ia sudah pun merupakan sebuah filem aksi yang berjaya dari segi suntikan elemen tersebut.

BIG HERO 6

Namun, sebagai sebuah filem animasi pula, ia tidak dapat lari daripada ditohmah sebagai khusus untuk tontonan audiens kanak-kanak. Namun, tohmahan itu tidak benar untuk Big Hero 6 yang sebenarnya sangat sesuai ditonton penonton dewasa juga.

Di sebalik sarat dengan pelbagai aksi ala filem superhero, ada elemen yang cukup menyentuh kalbu sehingga mampu mengusik emosi dan mengalirkan air mata.

Big-Hero-6-mekanika (2)

Percayalah, naskhah ini akan ada sekuelnya kerana Baymax, Hiro, Honey Lemon, Go Go, Wasabi dan Fred merupakan ikon baharu dunia sinema global yang senantiasa dinantikan perkembangan  mereka di layar perak pada setiap masa.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Check Also
Close
Back to top button