Stail

KOLEKSI MOONLIGHT TITAN RAGA

Sempena sambutan Krismas, Titan telah melancarkan koleksi jam tangan Moonlight yang menawan untuk golongan wanita.Titan-RAGA -Moonlight-Collection-mekanika (5)

Rangkaian jam tangan itu diinspirasikan daripada keindahan objek yang dilimpahi kemilau cahaya bulan.

Diperincikan bersama kristal dan mutiara Swarovski, jam tangan yang diperindahkan dengan kemasan saduran itu boleh menjadi aksesori sempurna untuk digayakan pada detik istimewa.

Titan-RAGA -Moonlight-Collection-mekanika (9)

Jam tangan ini adalah satu ilustrasi terhadap kehebatan pertukangan dan sofistikasi rekaan oleh Titan Raga. Direka untuk wanita kontemporari, koleksi kali ini merupakan gambaran terperinci daripada pancaran perak cahaya bulan.

Koleksi Moonlight daripada Raga dilancarkan oleh Ketua Perniagaan Bahagian Antarabangsa, Titan Company Limited, Vijesh Rajan.

Titan-RAGA -Moonlight-Collection-mekanika (4)

Dijual pada harga di antara RM375 hingga RM1,985, koleksi Raga Moonlight mempunyai pelbagai rekaan dan boleh didapati di kedai-kedai jam utama di seluruh Malaysia.

“Jam tangan Moonlight adalah interpretasi terhadap keindahan objek yang dibias cahaya bulan seperti keindahan Taj Mahal, bunga malam yang harum, kesempurnaan baiduri bulan, tasik penuh mistik dan langit malam yang bercahaya,” jelas Rajan.

Titan-RAGA -Moonlight-Collection-mekanika (6)

Selain koleksi Moonlight, Titan turut menawarkan jam tangan yang sempurna untuk dijadikan cenderahati sempena musim perayaan ini. Edge, jam tangan kuarza paling runcing di dunia, kronograf dan multifungsi Octane serta Purple, jam tangan bercita rasa tinggi untuk pengguna di Malaysia.

Diasaskan pada 1984, Titan Group Ltd. merupakan anak syarikat Tata Group yang menghasilkan lebih daripada 13 juta utas jam tangan setiap tahun. Ia juga memiliki profail pelanggan melebihi 135 juta di 32 buah negara merentasi 7,000 pusat jualan di seluruh dunia.

GALERI

Titan-RAGA -Moonlight-Collection-mekanika (3)Titan-RAGA -Moonlight-Collection-mekanika (1)Titan-RAGA -Moonlight-Collection-mekanika (2)Titan-RAGA -Moonlight-Collection-mekanika (8)Titan-RAGA -Moonlight-Collection-mekanika (10)

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Check Also
Close
Back to top button