Artikel Pilihan

SURUHANJAYA EROPAH LULUS PENGGABUNGAN FCA DAN GROUPE PSA. NANTIKAN KEMUNCULAN STELLANTIS

Fiat Chrysler Automobiles dan Groupe PSA menerima hadiah Krismas lebih awal apabila Suruhanjaya Eropah meluluskan penggabungan mereka.  

Dalam satu kenyataan, suruhanjaya itu menyatakan keputusan itu diambil selepas siasatan terperinci dilakukan. Ia menyaksikan mereka mengumpul maklumat serta maklum balas ekstensif daripada para pesaing dan pelanggan tentang gabungan baharu tersebut.

Sebelum ini Suruhanjaya Eropah meluahkan rasa bimbang penggabungan itu akan menjejaskan persaingan dalam segmen kenderaan komersial ringan di beberapa buah negara seperti Belgium, Perancis, Greece, Itali, Lithuania, Poland, Portugal, Slovakia dan Republik Czech.

Namun, Fiat Chrysler Automobiles dan Groupe PSA memberi komitmen untuk melegakan kebimbangan itu. Dalam terma perjanjian, PSA dan Toyota akan meneruskan kerjasama sedia ada, di mana PSA menghasilkan van untuk Toyota.

Malah, kapasiti pengeluaran van Toyota akan ditingkatkan. Selain harga penghantara serta kos alat ganti dan aksesori dikurangkan. Perjanjian baik pulih dan penyelenggaraan juga telah diubah.

Perubahan itu akan memberi akses kepada jenama lain untuk masuk ke dalam rangkaian baik pulih serta penyelenggaraan kenderaan komersial ringan PSA dan FCA.

Kemudahan bengkel tidak perlu menggunakan peralatan PSA/FCA untuk membaik pulih kenderaan jenama pesaing. Menerusi perubahan itu, Suruhanjaya Eropah percaya Toypta dapat bersaing dengan gabungan entiti yang dikenali sebagai Stellantis.  

Walaupun penetapan kenderaan komersial secara asasnya kelihatan aneh, Suruhanjaya Eropah tahu bahawa FCA dan PSA memiliki gabungan perkongsian pasaran yang sangat tinggi di beberapa buah negara.

 “Akses kepada pasaran van komersial ringan yang kompetitif amat penting untuk banyak syarikat bebas berskala kecil di seluruh Eropah. Jika kurang persaingan, ia akan terjejas,” kata Naib Presiden Ekskutif Suruhanjaya Eropah, Margrethe Vestager.

Kelulusan itu merupakan halangan terakhir pembentukan gabungan FCA dan Groupe PSA. “Kami sangat mengalu-alukan kebenaran Suruhanjaya Eropah untuk penggabungan ini dan pembentukan Stellantis, peneraju mobility baharu,” jelas FCA dan PSA.

Google ads
Back to top button