
LAMBORGHINI MAMPU MILIK. TAK DAPAT KERETA, BOTOL PUN JADI LAA
Apabila anda teringatkan jenama premium Sant’Agata Bolognese, Lamborghini, secara automatik deruman enjin dan jentera supercar bermain-main di fikiran.
Begitupun, tidak semua orang yang meminati dan menghargai jenama Lamborghini mampu membeli jentera mewah ini.
Bagi sesetengah peminat tegar berkemampuan pula, mereka akan membeli apa sahaja berkaitan dengan jenama ini.
Terbaharu para peminat Lamborghini boleh mendapatkan botol minuman hasil kerjasama bersama 24Bottles.
Kebanyakkan pengeluar menawarkan pakaian atau produk gaya hidup untuk meningkatkan perolehan dan kesedaran jenama mereka.
Kini, Lamborghini, melakukan perkara sama dengan membangunkan botol minuman diilhamkan daripada Aventador SVJ.
Reka bentuk camo pada botol terbaharu ini mengingatkan kepada jentera Aventador. Kemasan botol dilakukan menggunakan tangan, menjadikan produk ini unik dan istimewa.
Ia juga diperbuat daripada keluli tahan karat dengan teknologi penebat haba.

Menurut kenyataan media, Clima Bottle mampu bertahan selama 12 jam dalam keadaan air panas. Jika air sejuk pula ia boleh bertahan sehingga 24 jam.
Lamborghini memilih untuk bekerjasama dengan 24Bottles disebabkan syarikat berkenaan berpangkalan di daerah Bologna.
Pembangunan botol eksklusif itu untuk mempromosi dalam pengurangan penggunaan botol plastik.
24Bottles menjamin amalan bertanggungjawab dalam keseluruhan proses pengeluaran dan komited mengimbangi kesan persekitaran dengan melaksanakan projek penanaman semula hutan.
Begitupun, harga botol berkenaan masih belum dikeluarkan. Mereka yang berminat boleh mendapatkan ia di 24Bottles ataupun kedai Automobil Lamborghini. – carbuzz.