Buletin

SKRIN BESAR DALAM KERETA, IDEA YANG TERUK – BOS REKA BENTUK JAGUAR

Kalau anda perasan, pengeluar kenderaan terutama dari China kini berlumba-lumba untuk menawarkan kereta dengan skirn sentuh paling besar dalam jentera masing-masing. 

Kalau boleh, semua papan pemuka itu dijadikan skrin sentuh. Terbaharu, Hyundai bercadang untuk menggantikan butang pada stereng dengan skrin digital.

Kia pula memasang lebih 21 skrin pada papan pemuka model konsepnya yang dipamerkan dalam acara Geneva International Motor 2019 baru-baru ini,

Pengeluar melihat penggunaan skrin di dalam kabin kenderaan sebagai bukti kecanggihan teknologi yang mereka miliki. 

Bagaimanapun, Pengarah Reka Bentuk Jaguar, Ian Callum tidak berkongsi keterujaan tersebut. 

“Kalau boleh saya tidak akan benarkan skin bersaiz besar di dalam kereta,” jawab Callum apabila ditanya adakah kenderaan Jaguar Land Rover pada masa depan. 

Beliau mengkritik aplikasi skrin sentuh besar yang dipelopori oleh Tesla menerusi Model S. Trend itu kemudian ditiru oleh semua pengeluar. 

“Jika anda berada di atas jalan di sebuah negara asing misalnya, anda pasti tidak mahu mencari butang untuk mengawal pendingin hawa, cermin sisi atau tempat duduk pada skrin sentuh. Anda sepatutnya dapat mengawal semua itu tanpa perlu melihat papan pemuka pun,” katanya lagi. 

Jaguar XE misalnya mempunyai sistem dua skrin yang memaparkan maklumat pemanduan dan fungsi kawalan suhu. Tetapi, ia juga dilengkapi butang kawalan untuk menunjukkan ia sebahagian daripada mekanikal kereta. 

Walaupun kritikan Callum terhadap skrin besar ini nampak logik, tetapi kemajuan teknologi autonomi pada masa depan bermakna pemandu tidak perlu melihat jalan sepanjang masa. Sebaliknya lebih berinteraksi dengan apa yang ada di ruang kabinnya.  

Tags
Google ads
Back to top button