Buletin

LELAKI 70 TAHUN TUNJUK KEKUATAN TARIK PIKAP GUNA RAMBUT

Seorang lelaki bernama  Ango Musungu yang mempunyai lima orang isteri dan 19 anak memukau dunia dengan kekuatan rambut dan janggutnya, lapor portal berita Tuko baru-baru ini.

Satu rakaman video yang tersebar di internet menunjukkan Musungu, 70,  tahun menunda sebuah trak pikap bersama beberapa penumpang di dalamnya dengan hanya menggunakan rambut dan janggut.

Menurut beberapa laporan, punca kekuatan lelaki itu tidak diketahui. 

Masyarakat tempatan bagaimanapun menganggap Musungu antara lelaki yang mempunyai rambut  terkuat di dunia.

Musungu telah berkahwin dengan lima isteri dan mempunyai 19 anak serta lebih 30 cucu.

“Saya mengahwini ramai isteri kerana merasakan kuasa dalam diri saya. Isteri-isteri  saya juga menyayangi saya kerana kegagahan saya dan saya juga seorang lelaki yang tampan,” katanya. 

Mengenai bagaimana dia mendapat kuasanya, lelaki tersebut berkata, ia datang kepadanya melalui mimpi. – Agensi

Google ads
Back to top button