Buletin

INI HARGA NISSAN FRONTIER 2020 DI AS (IYA, MODEL NAVARA LAMA MASIH DIJUAL)

Sebagai pasaran kenderaan terbesar di dunia selepas China, keragaman pasaran Amerika Syarikat menarik untuk diikuti. AS adalah pusat teknologi dunia seperti kereta hidrogen dan autonomi, jenama popular EV seperti Tesla dan industri yang mementingkan kepenggunaan.

Di sebalik segala kemodenan dan kecanggihan, pengeluar kereta mempunyai kebebasan tersendiri.

Sebagai contoh, pengeluar global boleh membangunkan model sendiri di AS yang tidak ada pada pasaran lain atau mengekalkan model lama berbanding model baharu.

Seperti yang diketahui umum, Nissan mempunyai pikap Navara yang dijual di peringkat global termasuk negara kita. Navara yang ada di pasaran sekarang adalah generasi ketiga (D23) dan dijual dari tahun 2014.

Bagaimanapun, ia tidak berlaku di AS dengan pengguna di sana masih boleh membeli Navara generasi kedua (D40) atau dikenali sebagai Frontier.

Pikap saiz sederhana itu masih dijual hingga kini dan Nissan AS tidak membiarkannya begitu sahaja. Model 2020 dilengkapi enjin serba baharu 3.8 liter V6 suntikan terus dengan transmisi sembilan kelajuan.

Spesifikasi tersebut bukan calang-calang malah Nissan AS menawarkan pelbagai jenis badan seperti King Cab, Crew Cab Short Wheelbase dan Crew Cab Long Wheelbase dengan pilihan pacuan 4×2 dan 4×4.

Dari segi reka bentuk, tiada masalah dengan Frontier yang walaupun berusia masih nampak tegap dan rugged pada hari ini.

Berkenaan dengan enjin dan transmisi, seperti yang disebutkan sebelum ini ianya serba baharu dan khabarnya bakal digunakan untuk generasi baharu Frontier. Ini memberi indikasi pasaran AS juga bakal menerima Frontier baharu.

Enjin itu mempunyai kuasa 310 hp atau 49 hp lebih tinggi berbanding enjin V6 terdahulu. Transmisi sembilan kelajuan automatik pula sama seperti yang digunakan pada pikap saiz penuh Nissan Titan.

Selain enjin baharu ada lagi yang dinaik taraf seperti kelengkapan standard butang penghidup (push start), tombol balutan kulit, stereng dengan anjakan (tilt) manual, kunci pintu dan tingkap berkuasa dengan fungsi turun automatik pada bahagian pemandu.

Dengan trenkuasa dan kemasan baharu, harga purata Frontier 2020 meningkat tetapi di bawah $2,000.

Dua varian iaitu Midnight Edition nampak menarik dengan kemasan luaran hitam dan roda 18 inci warna hitam kilat. Special Edition Package pula mempunyai pengiran perjalanan (trip computer), gril Krom Satin, bampar belakang sama warna dengan badan dan roda 18 inci.

Berikut ialah harga Nissan Frontier yang disyorkan pengeluar:

Frontier S King Cab 4×2

$26,790 USD/RM 116,442

Frontier SV King Cab 4×2

$27,670 USD/RM 120,267

Frontier S King Cab 4×4

$29,680 USD/RM 129,004

Frontier SV King Cab 4×4

$30,560 USD/RM 132,829

 Frontier S Crew Cab 4×2

$27,900 USD/RM 121,267

Frontier SV Crew Cab 4×2 SWB

$28,800 USD/RM 125,179

Frontier SV Crew Cab 4×2 LWB

$31,410 USD/RM 136,523

Frontier S Crew Cab 4×4

$31,290 USD/RM 136,001

Frontier SV Crew Cab 4×4 SWB

$31,990 USD/RM 139,044

Frontier SV Crew Cab 4×4 LWB

$32,410 USD/RM 140,870

Frontier PRO-4X Crew Cab 4×4

$37,490 USD/RM 162,950

BACA: NISSAN KICKS KINI DI THAI, SAINGI HR-V, CX-3 (DAN X50?)

BACA: PADA 2005 NISSAN WINGROAD DIPERKENAL – SIRI AKHIR AD RESORT

BACA: ADA KATIL DALAM NISSAN SERENA DAN NV200 JDM (BUKAN TIDUR MASA MEMANDU)

Tags
Google ads
Back to top button