Artikel PilihanMotosikal

LELAKI INI TERANGKAN FUNGSI SUIS PADA HENDAL MOTOGP – BREK ENJIN JUGA ADA SUIS KHAS

Motosikal MotoGP sama seperti jentera Formula Satu. Ia sebuah mesin yang sangat kompleks dan boleh ditala dalam hanya menekan satu suis. Ia mesin yang dibina dengan wang yang banyak dan tidak hairanlah motosikal paling dekat dengan spesifikasi MotoGP seperti Honda RCV213S sama harganya dengan sebuah banglo dua tingkat.

Apa yang menjadikannya mahal? Menurut pakar dalam industri – peralatan elektronik. Hari ini, mesin-mesin perlumbaan moden sangat bergantung kepada peralatan elektronik untuk memudahkan pasukan mengumpul data dan mengubah setiap karekteristik motosikal masing-masing.

Dari sistem pengendalian, suspensi, brek, GPS, gyroscope dan pemetaan enjin semuanya dilakukan oleh komputer dan penunggang juga perlu cekap menggunakan setiap teknologi ini.

BACA: BEGINI CARA “THUMB BRAKE”  MOTOGP BERFUNGSI

Anda juga mungkin biasa melihat suis di bahagian bar hendal kiri yang berwarna warni. Suis ini ditandakan dengan warna seragam untuk memastikan pelumba dapat mencapai fungsi yang cepat dan tepat. Setiap satunya ditandakan dengan kod pendek yang menterjemahkan arahan kepada kotak komputer enjin.

  • PW – Power, bermaksud mod pilihan dan pemetaan enjin yang dikehendaki pemandu.
  • LC – Launch Control, Pelumba memilih mod ini di petak permulaan sebelum “melancarkan” motosikal. Juga kadangkala berfungsi ketika berhenti di pit.
  • FUE – bermaksud Fuel. Ini pilihan penggunaan bahanapi bagi setiap perlumbaan. Mungkin anda rasa pelik tetapi dalam keadaan tertentu, pelumba perlu menjimatkan bahanapi.
  • PIT – Apabila masuk ke pit, lampu amaran menyala
  • EB – Engine brake, Ya, mereka gunakan suis untuk menetapkan momentum brek enjin yang perlu ketika mamsuki selekoh. Ia boleh dilaras mengikut tahap beban yang diperlukan.

Untuk lebih faham, sila tonton video di bawah

Google ads
Back to top button