Buletin

LEXUS MALAYSIA LANCAR BILIK PAMERAN MESRA ALAM DI KLANG, TAWAR PENGALAMAN BAHARU

Lexus Malaysia secara rasmi melancarkan pusat pameran mesra alam pertamanya di Bandar Klang.

Dengan pelancaran ini, Lexus Malaysia berharap dapat menginspirasikan pelanggan untuk menerima amalan hidup mampan dan memberi kesan positif kepada alam sekitar.

Ditubuhkan pada 1 Januari 2023, pusat pameran Lexus ini dikendalikan oleh PCM Klang Motor Sdn Bhd, di mana ia dibangunkan berasaskan kemampanan dan mesra alam, selaras strategi neutraliti karbon Lexus.

Bilik pameran itu dilengkapi pencahayaan LED termasuk mempunyai penderia untuk kecekapan tenaga seperti elektrik dan air sekali gus meningkatkan pengalaman pelanggan jenama Lexus.

Sebagai pengedar rasmi UMW Toyota Motor, PCM Klang Motor Sdn Bhd menawarkan peluang kepada pelanggan Toyota untuk menaik taraf kereta mereka kepada model Lexus menerusi program tukar-beli.

Selain itu, Lexus Klang turut mengumumkan bahawa bilik pameran berkenaan bakal menempatkan model baharu yang dilancarkan pada tahun ini.

Dalam pada itu, pelanggan juga akan menikmati manfaat daripada LexusCare, bantuan tepi jalan, perkhidmatan percuma serta akses kepada acara eksklusif Lexus dan sebagainya.

Lexus Malaysia menjemput semua peminat kereta ke bilik pameran dan untuk maklumat lanjut mengenai Lexus Malaysia, sila layari laman web Lexus Malaysia di https://www.lexus.com.my/ atau hubungi Lexus Klang di +(603) 3345 6482.

Google ads
Back to top button