ENJIN TOYOTA GR 86 ROSAK KETIKA SESI DI TREK, PENIAGA NAFI PERLINDUNGAN WARANTI
Membawa kereta sport berprestasi ke trek menawarkan peluang terbaik untuk menerokai keupayaan dan memahami ciri-cirinya dengan lebih dekat.
Itulah yang dilakukan oleh seorang pemilik Toyota GR 86 dan juga merupakan seorang Youtuber, Lunk, menguji jentera itu di trek.
Hari Lunk bagaimanapun tidak selalunya cerah apabila enjin Toyota GR 86 miliknya meletup sebelum mengeluarkan asap ketika hanya enam minit berada di atas trek.
Melalui perkongsian video di Youtube, jelas kelihatan bahawa pemanduan Lunk pada enam minit pertama tidak menunjukkan sebarang masalah, bahkan Lunk juga tidak memandu melebihi had kelajuan ditetapkan.
Perkara itu nyata mengecewakan Lunk dan lebih malang, peniaga menafikan perlindungan waranti dengan alasan ‘sifat kenderaan itu digunakan’.
Terdahulu, Toyota menyatakan sekiranya pelanggan menggunakan kenderaan di acara pemanduan prestasi, perlindungan waranti tidak akan dibatalkan.
Sedari hal berkenaan, Lunk berusaha untuk berkongsi video rakamannya di trek namun pihak peniaga menolak permintaan tersebut.
“Saya menghubungi pihak Toyota dan mereka mengulangi respons peniaga, enggan menyemak video itu. Jika ini benar, ia menimbulkan beberapa persoalan serta kelihatan agak pelik,” luah Lunk.
- BACA: TOYOTA GR86 VERSI PERLUMBAAN TREK DEBUT TAHUN 2024. RM422K SAHAJA
- BACA: TOYOTA GR SUPRA GT4 50 EDITION PALING EKSKLUSIF DI DUNIA. ADA 6 UNIT SAHAJA, RM813K SEUNIT
- BACA: ANDRE VILLAS-BOAS – DARIPADA PADANG BOLA SEPAK KE TREK BERDEBU
- BACA: TEMPAT DUDUK DEPAN TOYOTA TACOMA TRD PRO 2024 ADA PENYERAP HENTAK ADJUSTABLE WEH – GILA BETUL