Buletin

LEXUS RX GENERASI KE-4 DILANCARKAN!

Model Lexus RX pertama kali diperkenalkan pada 1998. Namun, di pasaran Malaysia model tersebut hanya mula dibawa masuk pada 2009 menerusi generasi ketiga. 

Lexus-RX-launch-2015-Malaysia-mekanika (11)

Sejak itu, Lexus Malaysia berjaya menjual kira-kira 2,300 unit RX. Malah, RX juga bertanggungjawab membawa Lexus sebagai tiga jenama teratas dalam kategori kenderan mewah pada tahun ini.

Sebelum 2015 menutup tirainya, Lexus Malaysia memperkenalkan generasi keempat Lexus RX pagi tadi. Untuk makluman, perkataan RX bermaksud Radiant Crossover.  Model baharu ini nyata menampilkan pelbagai peningkatan. Terutama dari segi ciri-ciri inovatif dan reka bentuk yang lebih estetik.

Lexus-RX-launch-2015-Malaysia-mekanika (9)

Lexus RX kini menampilkan sentuhan lebih tajam serta lengkung yang menyerlah. Model baharu itu berkongsi DNA dengan barisan model Lexus yang lain. Ini termasuklah kesan ‘floating roof’ dan gril spindle yang menjadi rekaan signatur Lexus.

Malihat dari aspek perkadarannya pula, kebanyakan dimensi RX adalah sama dengan generasi sebelumnya. Panjang RX ditingkatkan sebanyak 120mm, manakala jarak rodanya ditambah 50mm. Sekali gus menjadikan RX lebih luas dan selesa berbanding model terdahulu.

Lexus-RX-launch-2015-Malaysia-mekanika (20)

Malah lantai bahagian belakang yang lebih rendah juga membantu memberikan keselesaan tempat duduk yang mampu menandingi model sedan mewahnya, LS.

Untuk pelanggan di Malaysia, RX didatangkan dalam enam varian iaitu RX200t Premium, RX200t Luxury, RX200t F Sport, RX350 Luxury, RX350 F Sport dan RX450h. Bagi menambah pilihan sedia ada, Lexus Malaysia menawarkan tiga warna baharu seperti hitam, Amber Crystal Shine dan biru mica.

Lexus-RX-launch-2015-Malaysia-mekanika (4)

Seperti model NX dan IS, model RX turut dilengkapi dengan enjin baharu. RX200t dikuasakan oleh enjin 2.0L turbo caj bersama transmisi automatik enam kelajuan. Sementara RX350 dilengkapi enjin petrol 3.5 V6 bersama transmisi automatik lapan kelajuan.

Bagi varian tertinggi RX450h, ia masih dijana enjin yang sama dengan RX350. Tetapi didatangkan dengan sistem penjana hibrid yang telah ditambah baik.

Lexus-RX-launch-2015-Malaysia-mekanika (7)

Presiden Umw Toyota Motor, Datuk Ismet Suki menyatakan bahawa Lexus RX tidak sekadar hadir dengan reka bentuk menawan.

Harga jualan varian-varian tersebut ialah: RX200t Premium (RM388,800), RX200t Luxury (RM408,400), RX200t F Sport (RM422,990), RX350 Luxury (RM457,800), RX350 F Sport (RM486,300) dan RX450h (RM520,200). ‘Terima kasih’ kepada penyusutan nilai Ringgit, harga RX telah meningkat sekitar RM30,000.

Lexus-RX-launch-2015-Malaysia-mekanika (18)

“RX juga dipadankan dengan enjin petrol dan hibrid yang telah dipertingkatkan, teknologi keselamatan canggih, bantuan pemanduan serta ciri-ciri termaju. Dengan keselamatan pelanggan menjadi keutamaan, RX serba baharu didatangkan dengan Panoramic View Monitor, 10 beg udara SRS, Blind Spot Monitor serta Rear Cross Traffic Alert,” katanya.

Lexus-RX-launch-2015-Malaysia-mekanika (21)

Seperti mana model Lexus yang lain, RX didatangkan dengan jaminan kilang selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 100,000km (mana-mana tiba terdahulu).

Lexus-RX-launch-2015-Malaysia-mekanika (10)

Bagi model hibrid, jaminan bateri Lexus hibrid ditawarkan selama 8 tahun, tanpa mengambil kira jumlah perbatuannya.

GALERI

Lexus-RX-launch-2015-Malaysia-mekanika (1)Lexus-RX-launch-2015-Malaysia-mekanika (2)Lexus-RX-launch-2015-Malaysia-mekanika (3)Lexus-RX-launch-2015-Malaysia-mekanika (5)Lexus-RX-launch-2015-Malaysia-mekanika (6)Lexus-RX-launch-2015-Malaysia-mekanika (13)Lexus-RX-launch-2015-Malaysia-mekanika (12)Lexus-RX-launch-2015-Malaysia-mekanika (14)Lexus-RX-launch-2015-Malaysia-mekanika (15)

 

Google ads
Back to top button