Buletin

LORDSTOWN PERLU SUNTIKAN MODAL RM658 JUTA UNTUK MULAKAN PRODUKSI TRAK PIKAP ENDURANCE

Entah kenapa, nasib Lordstown Motors tidak begitu baik sejak 12 bulan kebelakangan ini.

Selain daripada langkah General Motors menjual keseluruhan pegangan di dalam syarikat tersebut, Lordstown juga turut dipaksa untuk menjual kilangnya bernilai $230 juta (RM1 bilion) kepada Foxconn pada penghujung tahun 2021.

Syarikat yang sebelum ini muncul dengan trak pikap elektrik Endurance itu kini memerlukan modal tambahan berjumlah $150 juta (RM658 juta) bagi memulakan produksi, selain melengkapkan ujian dan membuat pembelian bahan serta komponen kenderaan.

Menurut laporan daripada Reuters, Lordstown mengesahkan mereka kini mempunyai baki tunai sebanyak $204 (RM894) juta, berbanding $587 juta (RM2.5 bilion) tahun lalu.

Mereka juga telah menerima bayaran pendahuluan $200 (RM877) juta untuk aset yang dijual kepada Foxconn dan dijangka akan memuktamadkan perjanjian itu pada 18 Mei ini.

Menurut ketua eksekutif Lordstown, Dan Ninivaggi berkata, “kami telah mengadakan perbincangan yang membina dengan Foxconn, ia merupakan perjanjian yang kompleks, dan bakal mengambil masa yang lebih lama berbanding apa yang dijangkakan.

“Namun, fakta yang menunjukkan Foxconn bersetuju untuk melanjutkan tarikh akhir pembayaran balik merupakan satu petanda yang baik.

Lordstown menjangkakan produksi trak pikap elektrik Endurance bermula pada suku ketiga tahun ini. – Reuters

Google ads
Back to top button