MACAM MANA TOYOTA RAV4 BOLEH NAIK ATAS PIKAP TRAK TU? TOLONG JELASKAN
Sebuah klip video yang mula berlegar dalam alam maya mencetuskan tanda tanya bagaimana sebuah Toyota RAV4 boleh berada di atas sebuah kenderaan dipercayai pikap trak Ford.
Rakaman video didakwa berlaku di Arab Saudi itu tidak memperincikan kejadian tersebut sehingga membuatkan orang ramai membuat spekulasi berhubung insiden terbabit.
Bahkan, dalam media tempatan juga tidak terdapat sebarang berita mengenai kejadian itu.
Satu teori yang boleh dikatakan adalah pemandu RAV4 tersebut hilang kawalan dan mengakibatkannya terbang di udara sebelum ‘mendarat’ di atas pikap trak itu.
Ini merupakan satu kemalangan yang agak luar biasa malah banyak lagi kemungkinan menyebabkan kejadian ini.
Apa sahaja penjelasan, kenderaan Toyota kelihatan lebih bernasib baik berbanding pikap trak di bahagian bawah kerana ia mengalami kerosakan agak teruk. –carscoops.