
STELLANTIS CIPTA BATERI EV BAHARU LEBIH RINGAN – LABUR KOS RM201 JUTA
Stellantis baru-baru ini menyatakan bahawa mereka sedang berusaha untuk mengurangkan berat pek bateri kenderaan elektriknya sebanyak 50 peratus.
Menurutnya, pek bateri sedia ada Stellantis terlalu berat dan dengan teknologi yang ada, ia yakin dapat mengurangkan berat dan pembungkusan lebih cekap.
Melangkah ke arah itu, Stellantis kini membangunkan bateri litium-sulfer, di mana ia lebih ringan bahkan menggunakan bahan eksotik lebih sedikit berbanding bateri litium-ion.

Melalui temu bual bersama Autocar, ketua kejuruteraan dan teknologi Stellantis, Ned Curic menyatakan bahawa Stellantis telah membelanjakan AS$43 juta (RM201 juta) untuk pembangunan pusat teknologi bateri baharu.
Tambahnya lagi, pusat baharu itu akan berfungsi sebagai hab ujian serta pembangunan sel dan perisian untuk digunakan oleh jenama EV daripada Alfa Romeo, Citroen, Fiat, Peugeot dan Opel/Vauxhall.
Selain itu, Stellantis turut menjalin kerjasama dengan Pusat Penyelidikan Saintifik Kebangsaan di Perancis, serta Saft, syarikat penyelesaian bateri TotalEnergies untuk mencipta pek bateri baharu.
- BACA: STELLANTIS LABUR RM658 JUTA HASILKAN PESAWAT ‘MIDNIGHT’ DENGAN ARCHER AVIATION
- BACA: HYUNDAI KINI PENGELUAR KERETA KETIGA TERBESAR DI DUNIA. ATASI GENERAL MOTORS, NISSAN DAN STELLANTIS
- BACA: STELLANTIS JALIN KERJASAMA DENGAN LEADER ENERGY GROUP. TAMBAH BAIK KECEKAPAN TENAGA SOLAR DI KILANG GURUN
- BACA: STELLANTIS JADIKAN LAPANGAN TERBANG TERBIAR SEBAGAI TEMPAT SIMPAN KERETA







