Artikel PilihanMotosikal

SEMUA PERNAH PANDANG SINIS TAPI CRT TELAH MEREVOLUSIKAN MOTOGP – HERVE PONCHARAL

‘Kita tahu yang kita harus menggesa pihak pengeluar, kita harus berbuat sesuatu’ kata Herve Poncharal bila merujuk kepada kejayaan beberapa pasukan satelit sebaik peraturan CRT (Claiming Rule Team) diperkenalkan sekitar tahun 2012.  Beliau menyatakan demikian sebaik mengimbas kembali kejayaan pasukan Tech3, pasukan satelit yang dibimbingnya sehingga berjaya. Pada 18 November tahun ini, di Valencia, Tech3 akan mengakhiri hubungan mereka dengan Yamaha setelah bekerjasama hampir 20-tahun.

Dua hari selepas itu, Tech3 akan memulakan penyatuan baru dengan KTM manakala SIC akan mengambil tempat Tech3 dengan Yamaha.

Poncharal menyatakan yang beliau cukup gembira dengan hubungan selama 20 tahun dengan Yamaha dania merupakan antara pencapaian terbaik dalam hidup beliau. Mereka juga pernah melahirkan juara dunia dengan Olivier Jacque. Bergandingan dengan Yamaha mereka bersaing hebat dalam MotoGP dengan pelumba seperti Ben Spies dan Colin Edwards.

Walaupun mereka tidak dibekalkan dengan motosikal dengan spesifikasi terbaru, lihat sahaja kemampuan Johann Zarco bersama Yamaha Tech3. Hakikatnya walaupun mereka bukan pasukan produksi, mereka masih menerima sokongan Yamaha dalam saingan MotoGP.

Tapi kenapa berhijrah ke KTM? Ianya kerana risiko dan cabaran, jelas Poncharal. Beliau gemarkan cabaran dan ini merupakan satu permulaan baru untuk Tech3. Ia bukannya sebab tidak berpuas hati dengan Yamaha dan beliau turut gembira dengan perkembangan pasukan baru yang akan berganding dengan Yamaha musim depan.

Jika pun ada pergeseran kecil antara Tech3 dan Yamaha ia kemungkinan akibat keengganan Yamaha memberikan motosikal terbaru mereka kepada pasukan satelit yang layak seperti dilakukan oleh Honda dan Ducati.

 

Tech3 pernah mencuba tetapi permintaan mereka gagal dipenuhi. Adakah SIC akan berjaya mendapat motosikal terbaru untuk musim depan? Mungkin ya dan mungkin juga tidak. Jika pasukan baru itu berjaya mendapat jentera terkini dari Yamaha untuk musim depan, Poncaharal turut merasa gembira dan tidak akan terkilan, itu yang dinyatakan beliau sendiri.

BACA: MARQUEZ DEDAHKAN KESILAPAN TERBESAR BELIAU MENJELANG MOTOGP KE-100 – MENYESAL TAK KAHWIN AWAL KE?

Kami boleh menerimanya kerana saya sendiri pernah mencuba memintanya dengan Yamaha begitu juga dengan para pelumba tetapi gagal kerana Yamaha mempunyai polisi mereka sendiri untuk pasukan produksi dan pasukan satelit.

Sama ada SIC akan mendapat Yamaha model 2019 ataupun tidak belum lagi dapat dipastikan tetapi yang pastinya penyertaan pasukan satelit dengan motosikal terbaru akan bertambah pada musim 2019.

Tech3 akan mempunyai dua penyertaan dengan jentera KTM manakala Pramac dan  LCR akan menerima jentera 2019 dari Ducati dan Honda masing-masing.

Trend itu menyaksikan keberkesanan peraturan CRT yang cuba memberi keseimbangan antara pasukan kaya dan miskin. Ia juga mempengaruhi kejayaan pasukan satelit yang kini boleh berdiri sama tinggi dengan pasukan produksi. Kalau dulu pasukan satelit memang akan mendapat motosikal usang yang tidak setanding dengan jentera pasukan produksi.

Pihak pengeluar juga kini sedar dengan sumbangan pasukan satelit dari segi input, komen, data dan sebagainya yang cukup berguna dalam pembangunan jentera perlumbaan. Lebih banyak pelumba dan pasukan bermakna lebih banyak input.

CRT juga menyumbang kepada sistem ECU tunggal untuk semua pasukan bagi membolehkan persaingan yang lebih adil. Ia juga bagi menghalang pasukan kaya dari menggunakan peralatan berteknologi tinggi secara rahsia untuk berjaya.

Kini pengenalan CRT terbukti membawa kebaikan bila lebih banyak pasukan boleh duduk sama tinggi dengan pencapaian masing-masing. Ia juga menjadi lebih kompetitif dan membuatkan perlumbaan menjadi lebih dramatik.

Google ads
Back to top button